The Malaysia Post

WHO: Ujian klinikal vaksin pertama novel koronavirus bermula

Ujian klinikal vaksin pertama novel koronavirus (COVID-19) telah bermula.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus seperti dilaporkan semalam berkata, ujian itu bermula 60 hari selepas virus itu dikongsi oleh China.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi ujian klinikal itu dijalankan.

Pegawai kesihatan mengatakan tempoh sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan diperlukan sebelum vaksin itu dapat digunakan. Tedros menyeru penyelidik di seluruh dunia berganding bahu untuk membuat penilaian terhadap eksperimen terapeutik.

Sehubungan itu, WHO dan rakannya menganjurkan satu kajian bersama dengan beberapa negara antaranya Argentina, Bahrain, Kanada, Perancis, Iran, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Switzerland dan Thailand.

“Kami tahu banyak negara kini terjejas dengan wabak COVID-19 dan sedang bergelut untuk mengekang penularan virus itu. Harapan masih ada,” kata Tedros.

Pelbagai langkah pencegahan boleh diambil oleh setiap negara seperti membatalkan acara sukan, konsert dan perhimpunan berskala besar untuk membantu membendung penularan wabak.

Menurutnya, langkah itu boleh membantu mengurangkan beban sistem kesihatan dan mengatasi epidemik, membolehkan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada langkah-langkah pencegahan.

“Untuk benar-benar membasmi dan mengawal wabak, semua negara mesti mengambil langkah mengasingkan, menguji, merawat dan mengesan. Jika tidak, rantaian penyebaran akan meningkat semula apabila langkah kawalan pergerakan ditarik balik,” kata Tedros.

Atas faktor itu, katanya WHO terus mengesyorkan langkah mengasingkan, menguji dan merawat setiap kes yang disyaki dan mengesan setiap kontak, kunci terpenting dalam langkah pencegahan yang diambil setiap negara. Ia adalah harapan terbaik untuk menghalang rantaian penularan antara komuniti yang lebih meluas.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Gelombang ketiga akan berlaku sekiranya rakyat Malaysia masih berdegil patuhi arahan

Read Next

Lebih 850 juta pelajar di seluruh dunia tidak ke sekolah ekoran COVID-19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.