Skip to main content

The Malaysia Post

Wanita Warga Emas Maut Dijerut Bekas Madu

LHOKSEUMAWE – Seorang wanita warga emas maut setelah dijerut oleh bekas madu, awal minggu lalu dalam kejadian tragis yang berlaku di kediaman mangsa di Jalan Merdeka, Desa Kuta Blang, Kecamatan Banda Sakti, Lhokseumawe, Aceh.

Mangsa yang dikenali sebagai Laksmiwati Anggraini, atau lebih mesra disapa LA, berusia 62 tahun, dipercayai dibunuh oleh bekas isteri suaminya, yang dikenal pasti sebagai WL, pada hari Isnin. Kes pembunuhan ini mengejutkan penduduk tempatan kerana mangsa ditemui di tingkat dua rumahnya, yang turut dijadikan lokasi untuk merawat pesakit.

Motif Dendam

Menurut jurucakap polis, Iptu Yudha, siasatan awal mendapati motif pembunuhan tersebut berpunca daripada dendam terhadap mangsa. WL dipercayai berang selepas mengetahui bahawa bekas suaminya telah menceraikannya atas desakan LA. Pernikahan rahsia WL dan bekas suami LA terbongkar, dan ini menyebabkan ketegangan antara kedua-dua wanita tersebut. LA dikatakan mendesak suaminya supaya menceraikan WL, yang mencetuskan kemarahan mendalam dalam diri suspek.

Motif pembunuhan disebabkan dendam yang disimpan lama oleh WL terhadap LA, setelah mengetahui pernikahan rahsianya bersama bekas suami telah diketahui dan berakhir dengan penceraian,” jelas Iptu Yudha.

Bukti CCTV dan Penangkapan Suspek

Susulan pembunuhan itu, pihak polis segera menjalankan siasatan dan berjaya menahan WL sehari selepas kejadian berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian. Rakaman CCTV tersebut menunjukkan suspek memasuki kediaman mangsa dengan bersembunyi sebelum melakukan pembunuhan kejam tersebut. WL menggunakan tali plastik untuk menjerut leher LA sehingga mati.

Antara barang bukti yang berjaya dirampas oleh pihak polis termasuklah tali plastik yang digunakan oleh WL untuk membunuh bekas madunya serta kenderaan yang digunakannya untuk melarikan diri selepas insiden berlaku.

Baca Juga:  72.8% Penduduk Vietnam Memilih Motosikal Sebagai Pengangkutan Utama

Baca lagi | Warga Emas 63 Tahun Ditahan Disyaki Merogol Kanak-Kanak OKU di Kemaman

Hukuman dan Kejutan Penduduk Setempat

WL kini didakwa atas kesalahan membunuh dan bakal berdepan hukuman penjara yang berat sekiranya disabitkan kesalahan. “Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun berdasarkan pertuduhan pembunuhan,” kata Iptu Yudha lagi.

Kes ini turut menggemparkan masyarakat di Lhokseumawe, terutamanya kerana rumah mangsa merupakan pusat rawatan untuk pesakit di kawasan tersebut. Mayat LA ditemui oleh salah seorang pekerja yang datang ke rumahnya untuk bekerja, sebelum terus menghubungi pihak polis.

Penduduk setempat turut meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan pembunuhan kejam ini apatah lagi mangsa cukup dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan selalu membantu orang lain.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Cuti Sabtu, Ahad Semua Sekolah di Johor Bermula Januari 2025

Read Next

PBS Tegaskan Tiada Kerjasama dengan Warisan, Anggap Provokasi Politik

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *