The Malaysia Post

Vietnam sedia kuarantin pelawat dalam hadapi peperangan koronavirus

Vietnam akan berhenti mengeluarkan visa baru untuk pelancong luar dan akan menahan pelancong dari negara lain termasuk Amerika Syarikat dalam memerangi koronavirus, seperti dilaporkan oleh media tempatan dan kerajaan pada Selasa.

Rakyat negara ASEAN atau yang tiba dari negara lain, sudah tinggal atau transit di negara ASEAN dalam masa 14 hari sebelum masuk ke Vietnam wajib menjalani kuarantin, berkuatkuasa 18 hari ini. Tempoh kuarantin selama 14 hari bermula dari tarikh ketibaan.

Arahan itu dikeluarkan Kementerian Pengangkutan dan dimaklumkan kepada Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) pada 17 Mac, lapor agensi berita Vietnam.

Semua penumpang penerbangan domestik juga wajib mengisi borang pengisytiharan kesihatan semasa melakukan prosedur daftar masuk. Syarikat penerbangan wajib menjalankan pemeriksaan suhu badan terhadap semua penumpang sebelum menaiki pesawat.

“Kerajaan melihat polisi penggantungan visa sebagai langkah berkesan untuk menghalang penularan virus yang merebak, memandangkan banyak negara kini berisiko tinggi jangkitan,” kata akhbar Nhan Dan.

“Ia bersifat sementara. Sekatan itu akan dibuat selama 15 hingga 30 hari,” tambahnya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, kerajaan berkata Vietnam akan memperkenalkan kuarantin mandatori untuk pelawat dari Amerika Syarikat, Eropah dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Kemudian, syarikat penerbangan kebangsaan, Vietnam Airlines berkata ia akan menggantung perkhidmatan ke Perancis dan Malaysia dan mempertimbangkan memotong penerbangan ke Asia Tenggara.

“Kami akan mempertimbangkan untuk mengurangkan laluan ke Asia Tenggara berdasarkan perkembangan pandemik COVID-19 dan peraturan kemasukan dan kuarantin terbaru kerajaan Vietnam,” kata Vietnam Airlines dalam satu kenyataan.

Vietnam Airlines akan menghentikan perkhidmatan antara Vietnam dan Perancis, bermula hari ini sehingga notis lanjut, manakala penerbangan ke Malaysia akan digantung dari 18-31 Mac,” katanya.

Setakat pagi semalam, Vietnam mencatatkan 61 kes COVID-19, termasuk 18 warga asing.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Individu jenis darah A lebih berisiko dijangkiti COVID-19

Read Next

Malaysia berhasil menerima semula RM1.4 bilion dana 1MDB di luar negara

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.