PUTRAJAYA-Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Parti BumiputeraPerkasa Malaysia(Putra) tidak menolak sekiranya Parti Pejuang Tanah Air(Pejuang) untuk menyertai parti tersebut dan membentuk sebuah kumpulan parti politik.
Pejuang yang juga dibawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz juga digalakkan menyertai Putra seandainya berada di medan yang sama. Pejuang dalam perjuangan politik mereka adalah untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu.”
“Seandainya Pejuang dan Putra bergabung,hal ini akan menyebabkan perjuangan ini lebih sampai kepada rakyat, “katanya selepas menerima watikah perlantikan Penasihat Putra.
Baca lagi – Korean Style Menjadi Trend di Malaysia
Perjuangan Dr Mahathir
Sebelum menyertai Putra, Tun Dr Mahathir merupakan Ahli Pejuang dengan parti gabungan GTA(Gerakan Tanah Air).Tun Dr Mahathir telah keluar dari Pejuang pada tanggal 10 Februari 2023 lalu menyertai Putra sebagai sisa perjuangan politik beliau. Perjuangan Tun Dr Mahathir dalam arena politik Malaysia telah bermula pada PRU 1964.Pada tahun 1965 beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Pada 2017 beliau dengan parti baharunya Pakatan Harapan(PH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir memang begitu serius dalam arena politik beliau.
Usia Senja Masih Berpolitik
Pada usia senja beliau, beliau sepatutnya mendekatkan diri pada yang Esa namun beliau memilih untuk terus aktif arena politik Malaysia. Perjuangan beliau dari usia muda hingga usia senja memang begitu meninggalkkan kesan dalam arena politik Malaysia. Tokoh politik Malaysia ini sudah pasti sudah makan garam dalam menghadapi monsun politik Malaysia.