The Malaysia Post

“Time Gersang Takde Tongkat!” – Netizen Sindir Peserta Program eHati Hadir Mahkamah Bertongkat

Drama luar mahkamah sekali lagi mencuri tumpuan apabila seramai enam individu termasuk pengasas program motivasi eHati, suaminya dan anak mereka, direman selama tiga hari bermula hari ini. Turut direman, dua wanita yang didakwa sebagai peserta program dan juga suami kepada salah seorang daripada mereka.

Kesemua mereka hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada pagi Rabu bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran program motivasi yang dikatakan songsang dan bercanggah dengan norma masyarakat. Program eHati yang sebelum ini giat dipromosikan atas nama pembangunan diri, kini dikaitkan dengan dakwaan ‘ajaran pelik’ dan unsur penyelewengan.

Drama Bertongkat Peserta Program eHati Di Mahkamah Tarik Perhatian Netizen

Apa yang lebih mencuri perhatian bukan sahaja melibatkan tuduhan yang dikenakan, tetapi gaya kemunculan salah seorang wanita berbaju merah jambu yang menggunakan tongkat ketika tiba di pekarangan mahkamah.

Menerusi beberapa video yang tular di Instagram dan TikTok, netizen dengan pantas memberi komen pedas dan menyindir tindakan individu berkenaan yang didakwa seolah-olah mahu meraih simpati umum.

“Time gersang takde pulak tongkat keluar!” tulis seorang pengguna media sosial, merujuk kepada kandungan program eHati yang dikatakan mengandungi elemen seksual songsang.

Baca juga:

Peguam Jawab Sindiran Netizen Terhadap Peserta Program eHati Hadir Di Mahkamah Bertongkat

Bagaimanapun, peguam kepada empat daripada suspek termasuk wanita yang menggunakan tongkat, tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Datuk M. Reza, anak guamnya itu benar-benar mengalami masalah kesihatan dan telah menyerahkan laporan perubatan sebagai bukti.

“Anak guam saya sedang sakit dan sepatutnya menghadiri rawatan di hospital kerajaan hari ini. Penggunaan tongkat adalah keperluan, bukan gimik,” katanya kepada media selepas prosiding mahkamah.

Baca Juga:  Bertahan Demi Cinta’ Lagu Terbaru Fattah & Fazura Selepas Bercerai

Beliau turut memaklumkan bahawa mereka telah memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan reman yang dibuat oleh majistret. Namun, permohonan tersebut tidak diterima, dan pihak peguam menghormati keputusan yang telah dibuat.

Program eHati: Motivasi Atau Songsang?

Isu ini bukan sahaja mencetuskan perdebatan di media sosial, tetapi turut menimbulkan persoalan tentang keberadaan pelbagai program motivasi tidak bertauliah yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ramai yang tertanya-tanya, adakah peserta benar-benar mendapat motivasi atau hanya dimanipulasi dengan doktrin yang mengelirukan?

Program eHati kini sedang disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa, dan ramai menunggu hasil siasatan untuk mengetahui sejauh mana ‘ajaran’ yang disebarkan dalam program ini.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Yusri Che Lah Jurulatih Baharu Imigresen FC?

Read Next

Keluarga Teoh Beng Hock Bakal Balas Permohonan Maaf SPRM Malam Ini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *