The Malaysia Post

Tiga bekas pemimpin UMNO layak bertanding Ketua Bahagian BERSATU

KUALA TERENGGANU: Tiga bekas pemimpin UMNO Terengganu disahkan layak untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) negeri, yang akan berlangsung Sabtu depan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, bekas ketua bahagian UMNO Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dan Angoota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat.

Rosol yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri akan menentang Mohd Laisani Dollah dan Zamani Mamat pada pertandingan tiga penjuru ketua bahagian Bersatu Hulu Terengganu.

Bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit yang juga bekas Ahli EXCO Kerajaan Negeri, Khazan Che Mat akan menentang Mohd Jamal Mohd Ali pada pertandingan satu lawan satu di bahagian Kuala Nerus.

Seorang lagi bekas Ketua Bahagian UMNO Dungun, Datuk Rosli Mat Hasan pula menawarkan diri bertanding Ketua BERSATU pada pertandingan tiga penjuru di bahagian Dungun.

Rosli akan dicabar dua lagi calon iaitu Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU negeri, Mohd Zaid Sulaiman dan Datuk Abdul Aziz Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU negeri, Datuk Aziz Awang memaklumkan seramai 416 calon daripada 446 yang menyerahkan borang layak bertanding.

“Hanya 30 calon tidak layak bertanding selepas proses saringan dilakukan Jawatankuasa Pemilihan Parti Pusat (JPPP).

“Punca utama calon ditolak disebabkan tidak menyertakan dokumen lengkap ketika menghantar borang pencalonan selain keahlian tidak cukup tempoh 12 bulan,” katanya pada sidang media khas mengumumkan senarai calon yang layak bertanding selepas proses saringan di Ibu Pejabat BERSATU negeri, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak 156 cawangan BERSATU di seluruh negeri membabitkan seramai 14,000 ahli parti layak untuk mengundi.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Dua sahabat maut, motor dilanggar oleh pemandu mabuk

Read Next

Koronavirus: Kadar pesakit sembuh di seluruh dunia lebih tinggi

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.