The Malaysia Post

Taiwan sahkan kematian pertama akibat COVID-19

Seorang pemandu teksi meninggal dunia disebabkan wabak koronavirus di Taiwan, menjadikan ia kematian pertama di pulau tersebut dan kematian kelima di luar China.

Menteri Kesihatan Taiwan, Chen Shih-chung, memaklumkan pada satu kenyataan akhbar pada Ahad, mangsa merupakan pemandu teksi berusia 61 tahun yang juga mempunyai penyakit diabetes dan hepatitis B.

Mangsa tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara baru-baru ini. Namun, mangsa membawa penumpang kebanyakannya dari Hong Kong, Macau dan China.

Orang beratur untuk membeli topeng muka di sebuah farmasi di Taipei, Taiwan. (Foto: The Guardian)

Salah seorang ahli keluargnya turut dilaporkan positif COVID-19. Kedua-dua kes ini merupakan kes pertama ‘person-to-person transmission’ (jangkitan daripada manusia ke manusia) di negara berkenaan dan pihak berkuasa sedang menyiasat kontak rapat lain.

“Setakat ini kami masih belum dapat mengesahkan sejarah kontak rapat mangsa, jadi pihak kami sedang giat mencari sumber penularan ini,” jelas Chen.

Bermula Isnin, kerajaan akan mula melakukan saringan kesihatan terhadap kesemua rakyat mereka yang baru pulang dari luar negara termasuk yang menunjukkan simptom, kata Menteri Kesihatan.


About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Pintasan Saloma jadi mercu tanda baharu ibu kota

Read Next

Lim Kit Siang dedah pembangkang rangka plot untuk lancar ‘torpedo’

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.