The Malaysia Post

Skype Dah OFF Buat Selamanya!

Tanggal 5 Mei 2025 menandakan tamatnya era buat aplikasi panggilan video yang pernah jadi game-changer dalam dunia komunikasi. Microsoft dah confirmkan yang mereka akan tetap tutup servis Skype untuk pengguna umum dan kini fokus sepenuhnya pada Microsoft Teams.

Pengguna Skype disarankan untuk migrate ke Teams untuk pengalaman yang lebih smooth dan lebih baik.

Tapi jangan sedih dulu! Walaupun Skype dah confirm untuk retired, tapi aplikasi ini tetap tinggalkan banyak kenangan manis buat jutaan pengguna bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia.

Jom kita throwback nostalgia Skype yang bikin rindu!

1. Skype Jadi Tempat Pertama Kita Buat Panggilan Video

Bagi pengguna Gen Y dan Gen Z awal, anda patut berterima kasih, kerana Skype adalah “pintu ajaib” pertama yang memperkenalkan anda pada dunia panggilan video.

Ingat tak masa pertama kali video call dengan keluarga jauh atau couple long distance? Kualiti video mungkin pixelated macam Minecraft, tapi perasaan terharu tu tak terganti!

Dari nenek tengok cucu pertama kali, sampai couple tidur sambil video call, Skype bikin hubungan jarak jauh rasa dekat.

2. Ingat Tak Kita Kena Uji Mikrofon dengan “Echo Test”?

Siapa yang pernah guna Echo/Sound Test Service Skype? Dulu, kalau beli headset atau laptop baru, mesti test dulu dengan rakam suara dan dengar balik.

“Testing 1, 2, 3… Hello?!”

Ingat tak dulu? Kita belum ada noise cancellation canggih macam sekarang ni, jadi kalau ada echo atau bunyi feedback, kena adjust manual. Tapi justeru itu yang buat kita lebih appreciate teknologi sekarang!

3. Nada Dering & Bunyi Notifikasi Skype yang Ikonik!

“Dring-dring… dring-dring…”

Kalau dengar bunyi ni, terus teringat zaman sekolah atau kerja dulu kan? Sama ada panggilan dari kawan, keluarga, atau bos yang last-minute nak minta tolong.

Bunyi log masuk (“doot-doot”) dan log keluar (“doo-doo”) pun legendary!

Nak dengar balik? Jom rewind nostalgia dengan koleksi penuh bunyi Skype:

Warning: Dengarlah sambil pegang tisu, nanti flashback sampai nangis!

4. Emoticon Skype – Asal-Usul Emoji Moden!

Sebelum ada emoji cartoon, kita guna emoticon teks macam 🙂 atau 🙁 untuk express perasaan.

Tapi Skype buat lebih advance dengan emoticon animasi.

Mesti ramai yang pernah spam emoticon (rock) atau (happy) dalam group call!

5. Interface Paling User-Friendly Zaman Itu

Skype antara app pertama yang simple tapi powerful. Tak perlu tech-savvy pun boleh guna!

Tak boleh lupalah! Dengan gaya Frutiger Aero yang aesthetic dan susun atur yang simple, Skype memang senang gila nak guna, budak kecil pun boleh, datuk nenek pun tak pening nak video call.

Baca juga:

Skype Dah Tiada, Tapi Kenangannya Kekal Selamanya

Tapi sayang kan? Setelah sekian lama beroperasi, akhirnya Skype kalah dengan competitor macam Zoom dan WhatsApp, jasanya dalam revolusi komunikasi memang kita semua tak boleh lupakan.

Skype buat dunia rasa lebih kecil dan buat hubungan kita sesama manusia lebih dekat.

Korang paling rindu apa pasal Skype?

Comment kat bawah!

Jangan lupa SHARE artikel ni untuk tag kawan-kawan zaman Skype dulu! 

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Buaya Gergasi 410 kg Kena Tangkap di Kebun Sawit Batu Pahat

Read Next

Janna Nick Kena Kecam Susulan Soalan Sensitif Terhadap Fattah Amin

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *