The Malaysia Post

Sistem SARA RM100 Asyik Offline: Sampai Bila Rakyat Perlu Tunggu?

Sejak sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025, rakyat Malaysia mula menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 yang disediakan kerajaan kepada penerima layak berusia 18 tahun ke atas.

Sistem SARA RM100 Kerap Offline, Rakyat Kecewa Sukar Beli Barang Keperluan

Namun, apa yang sepatutnya menjadi bantuan segera bagi meringankan beban perbelanjaan rakyat kini bertukar menjadi rungutan. Ramai pengguna mengadu sistem SARA sering tergendala (offline), menyebabkan mereka tidak dapat menebus atau menggunakan bantuan tersebut di pasar raya dan kedai terpilih.

Tular di media sosial, rakaman video menunjukkan kakitangan pasar raya terpaksa membuat pengumuman bahawa hanya bayaran tunai atau kad bank diterima kerana sistem SARA tidak dapat diakses.

“Kepada sesiapa yang nak pakai kad pengenalan hari ini, sistem offline, offline. Boleh bayar pakai tunai atau kad bank sahaja,” jelas seorang pekerja pasar raya dalam klip tersebut.

Isu Sistem SARA RM100 Kerap Offline: Rakyat Desak Penyelesaian Segera, Bukan 31 Disember

Walaupun tempoh sah penggunaan SARA adalah sehingga 31 Disember 2025, rakyat tetap berharap agar masalah teknikal ini dapat diselesaikan segera.

Bagi mereka, menunggu sehingga penghujung tahun untuk sistem stabil adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana keperluan harian tidak boleh ditangguhkan.

Seorang pengguna, Mizal Khairul, menegaskan bahawa bantuan tersebut amat penting pada permulaan bulan:

“Orang nak pakai sekarang sebab dah masuk bulan baru. Kalau nak tunggu sampai hujung tahun baru nak elok sistemnya, rugilah.”

Nada yang sama turut disuarakan Fatihah Fadzli, yang berpendapat kerajaan sepatutnya sudah menjangka penggunaan sistem berskala besar ini:

“Dah tahu ramai orang nak pakai, patutnya sistem tu dah bersedia dari awal. Takkan tak fikir pasal ni?”

Sementara itu, Amirul Zamri meluahkan rasa simpati terhadap warga emas yang terpaksa menanggung kesulitan akibat kelemahan teknikal tersebut:

“Kasihan tengok pakcik makcik yang dah ambil barang banyak, sekali SARA tak boleh guna sebab sistem down. Mereka memang harapkan boleh pakai bantuan tu.”

Keperluan Naik Taraf Sistem SARA

Isu ini menimbulkan persoalan tentang tahap persediaan teknikal pihak yang menguruskan pelaksanaan SARA. Sebagai inisiatif kerajaan yang melibatkan jutaan penerima, sebarang kelemahan sistem akan terus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keberkesanan pelaksanaan dasar bantuan.

Pakar ekonomi juga mengingatkan bahawa kebergantungan penuh kepada sistem digital tanpa pelan sokongan (backup system) boleh memberi kesan kepada keberkesanan sesuatu program kebajikan. Malah, jika tidak ditangani segera, ia boleh mengakibatkan gangguan kepercayaan terhadap inisiatif kerajaan.

Baca juga:

Buat masa ini, rakyat hanya mampu menunggu sambil berharap agar sistem SARA kembali stabil. Walaupun masih ada masa sehingga 31 Disember, majoriti penerima mahu bantuan ini dapat digunakan segera, terutama ketika kos sara hidup terus meningkat.

Rata-rata rakyat menyuarakan bahawa bantuan kewangan tidak akan memberi kesan sebenar jika sistem pelaksanaannya gagal berfungsi dengan baik. Mereka mahu tindakan segera, bukan janji untuk menunggu sehingga penghujung tahun.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Kadar Nilai Tukaran Ringgit Malaysia Hari Ini

Read Next

Isteri Faisal Halim Fail Cerai

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *