The Malaysia Post

Singapura bangunkan aplikasi telefon pintar untuk elakkan penyebaran Covid-19

2020-03-20 12:50:07 Government Technology Agency (GovTech) staff demonstrate Singapore’s new contact-tracing smarthphone app called TraceTogether, as a preventive measure against the COVID-19 coronavirus in Singapore on March 20, 2020. The mobile app using Bluetooth technology developed by GovTech in collaboration with the Ministry of Health informs user who had close contacts to confirmed coronavirus cases was launched in Singapore on 20. Catherine LAI / AFP

Semalam negara jiran kita, Singapura telah melaporkan 2 kematian pertama yang melibatkan jangkitan virus Covid-19. Selain mengambil pendekatan mengetatkan langkah penjarakan sosial (social distancing), Singapura turut melancarkan sebuah aplikasi untuk telefon pintar.

Dikenali sebagai TraceTogether, ia berfungsi untuk mengenalpasti pengguna aplikasi yang berada berhampiran dengan individu yang disahkan dengan Covid-19. Menurut video yang dimuat naik oleh CNA, aplikasi ini menggunakan ciri Bluetooth untuk tujuan mengesan peranti lain.

Penawaran peranti dibuat untuk kedua-dua platform telefon pintar Android dan iOS. Ketika pendaftaran dibuat, pengguna akan diberikan nombor ID secara rawak yang dipadankan dengan nombor mudah alih. Kemudian, fungsi Bluetooth akan mengesan dan merekod nombor ID pengguna lain yang berada dalam jarak 2m hingga 5m. Fungsi Bluetooth perlu sentiasa diaktifkan untuk penggunaan TraceTogehther.

Apabila salah seorang pengguna aplikasi disahkan positif Covid-19, pihak kementerian kesihatan negara tersebut akan mudah menjejak kontak rapat lain berdasarkan nombor ID yang direkod aplikasi. Difahamkan lagi, data yang disimpan pada peranti akan disulitkan (encrypted) dan aplikasi tidak akan mengakses data lokasi pengguna.

Walaubagaimanapun penggunaan TraceTogether tidak diwajibkan oleh kerajaan Singapura tetapi mereka menggalakkan rakyatnya untuk memasang aplikasi tersebut. Di dalam AppStore, ia menyatakan penawaran aplikasi ini akan dihentikan setelah krisis Covid-19 berakhir.

TraceTogether merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Agensi Teknologi Kerajaan Singapura (GovTech) dengan kerjasama dari Kementerian Kesihatan Singapura.

Read Previous

Bagaimana COVID-19 lumpuhkan ekonomi dan perniagaan?

Read Next

IOC pertimbang untuk tangguhkan Olimpik Tokyo 2020

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Dapatkan artikel terkini, Pekerjaan, hadiah percuma, berita hiburan dihantar terus ke peti masuk anda
170000 subscribers are here