The Malaysia Post

Sedih Isteri Digelar ‘Penyondol’, Suami Nora Ariffin Tampil Jawab Tuduhan

Suami kepada penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, Dr. Rushdi Ramli, tampil memberi penjelasan berhubung perkahwinannya dengan artis berkenaan selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Beliau meluahkan rasa sedih apabila isterinya dilabel sebagai ‘penyondol’ dan perosak rumah tangga, sedangkan hakikat sebenar jauh berbeza.

Nora Ariffin Bukan ‘Penyondol’? Suaminya Dedah Perkara Sebenar

Rushdi menjelaskan bahawa keputusan untuk mengahwini Nora adalah atas kehendaknya sendiri, bukan kerana desakan atau paksaan mana-mana pihak. Beliau turut menegaskan bahawa tidak wujud unsur perebutan atau gangguan rumah tangga seperti yang didakwa oleh segelintir pihak. Tambah beliau, amat menyedihkan apabila isterinya terpaksa menerima gelaran penyondol tanpa mengetahui perkara sebenar. 

Rushdi menegaskan bahawa dialah yang meminang Nora, dan bukan sebaliknya. Keputusan tersebut dibuat dengan restu dan kehendak Allah SWT, tanpa niat untuk menyakiti sesiapa.

Baca lagi | Bekas Isteri Syuk, Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol

Tak Terfikir Nak Dekati Nora Ariffin, Tapi Jodoh Sudah Tertulis

Melalui perkongsian di akaun Facebook peribadinya, Rushdi mendedahkan bahawa beliau sendiri tidak pernah terfikir untuk mendekati Nora memandangkan mereka berada dalam bidang kerjaya yang sangat berbeza. Namun, ketentuan Allah mengatur segala-galanya.

Beliau turut menegaskan bahawa hidup ini adalah ketentuan takdir. Setiap pertemuan, jodoh, dan perpisahan sudah ditentukan oleh Allah SWT dan manusia hanya mampu merancang serta berusaha yang terbaik.

Baca lagi | Nora Ariffin Dedah Punca Sebenar Perceraian, Minta Suami Tak Dipersalahkan

Ujian Rumah Tangga: Tidak Mudah Hadapi Campur Tangan Pihak Luar – Dr. Rushdi Ramli

Rushdi juga mengakui bahawa perkahwinannya tidak terlepas daripada dugaan dan ujian, termasuk campur tangan daripada individu yang rapat dengannya.

Sebagai seorang individu yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, Rushdi sentiasa berusaha untuk menjaga batas-batas yang ditetapkan dalam Islam. Ujarnya lagi, dia sebolehnya sentiasa memastikan dirinta tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Namun, beliau sedar bahawa dirinya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian hidup.

Nora Ariffin Adalah Seorang Isteri Yang Baik dan Berhati Mulia

Mengenai keperibadian Nora sebagai seorang isteri, Rushdi meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik, lemah lembut, dan sentiasa menghormati suaminya.

Beliau turut berharap agar rumah tangga mereka sentiasa dalam keberkatan dan dijauhkan daripada fitnah yang tidak berasas.

Terdahulu, pada 23 Februari, Nora membuat pendedahan mengejutkan di Instagram bahawa beliau sudah lebih 10 kali meminta diceraikan atas permintaan isteri pertama dan anak tirinya. Perkara ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang bersimpati terhadap nasib penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, baik Nora mahupun Rushdi, kedua-duanya menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menyakiti mana-mana pihak dan berharap masyarakat lebih memahami keadaan mereka sebelum membuat sebarang spekulasi.

Semoga rumah tangga mereka kekal bahagia dan diberkati oleh Allah SWT.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Harimau Malaya Senarai 27 Pemain Hadapi Nepal – Siapa Yang Tersenarai?

Read Next

Bekas Ahli Politik Dipenjara 6 Tahun Kerana Kes Perdagangan Manusia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *