Selepas dua tahun digempar-gempurkan, Quibi kini menjadi kenyataan apabila suda menjadi platform penstriman baharu masa kini. Quibi telah dilancarkan pada 6 April dan dimiliki oleh seorang bekas CEO Dreamworks Animation, iaitu Jeffrey Katzenberg.
Quibi adalah merupakan singkatan dari “Quick Bites” yang direka khusus untuk sekadar tontonan singkat seperti ‘snack’ dan bukannya untuk ditonton secara berlanjutan (binge-watching). Menurut Katzenberg, pengguna platform ini akan memanfaatkannya sebagai satu hiburan ketika berehat – semasa makan tengah hari, sebelum masuk tidur, atau pun ketika mengadakan mesyuarat melalui Zoom (sekiranya dalam keadaan mod audio).
Berbeza dengan platform yang lain serupa dengannya, Quibi menawarkan kandungan video pendek dengan durasi video tidak melebihi 10 minit bagi setiap episod. Kandungan Quibi terbahaggi kepada tiga kategori iaitu, Movies in Chapters, Unscripted & Docs serta Daily Essentials.
Melalui Movies in Chapters, ia adalah cerita panjang yang dipertontonkan dalam episod dengan durasi 7 hingga 10 minit. Manakala. Unscripted & Docs pula meliputi rancangan berbentuk makanan, fesyen, adventur, haiwan, kereta, sukan, komedi, dokumentari dan banyak lagi. Daily Essentials pula adalah berita, hiburan, atau inspirasi dari pelbagai jenama atau penerbit.
Walaupun begitu, Quibi telah menyatakan dengan jelas bahawa servis penstriman mereka direka hanya untuk penstriman telefon mudah alih. Ini mengambil kira bahawa kebanyakan pengguna sentiasa berpegang pada telefon mereka, dan didapati rancangan boleh ditonton di telefon di mana sahaja. Oleh itu, bukan sahaja tiada Quibi app pada smart TVs atau peranti penstriman seperti Roku, para jurutera platform itu juga memastikan ianya mustahil digunakan pada Chromecast atau fungsi ‘screen mirroring’ pada platform iOS Apple.
Aplikasi penstriman Quibi ini boleh dimuat turun sama ada di App Store atau Play Store. Aplikasi ini menawarkan 90 hari tempoh percubaan bagi menggunakan aplikasi ini secara percuma (percubaan). Tetapi jika para pengguna ingin melanggannya, yuran langganan bagi membolehkan anda menonton semua rancangan di platform Quibi ini adalah berharga RM35.90 bagi sebulan penggunaan.
Setakat ini, lebih kurang 50 program rancangan telah tersedia seperti – Survive, Most Dangerous Game, Thanks a Million dan sebagainya. Mereka menjangkakan akan terdapat lebih 125 siri yang akan ditambah pada tahun pertama platform ini mula beroperasi.