The Malaysia Post

PH Melaka sahkan tidak lagi kuasai DUN

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu.

“Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua. Didoakan semua dirahmati Ilahi,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Bercakap kepada Malaysiakini, Exco Melaka Tey Kok Kiew mengesahkan Pakatan Harapan (PH) yang dimenerajui kerajaan negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“(Bersatu) telah keluar daripada PH dan kami tidak mempunyai jumlah mencukupi,” kata pengerusi DAP Melaka itu.

Beliau berkata, Adly masih belum bertemu Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob berikutan senario politik terkini selepas Bersatu keluar daripada PH.

“Dia (Yang di-Pertua) masih belum panggil (Adly). (Kami sedang menunggu) mereka yang menguasai majoriti untuk bertemu Yang di-Pertua Negeri,” katanya.

Sehingga kini, beliau berkata Adly belum secara rasmi digugurkan atau meletakkan jawatan tetapi berkata kerajaan negeri yang diterajui PH hampir tumbang.

PH pada asalnya memiliki 15 kerusi daripada 28 kerusi DUN. 

Tay berkata pihak lawan menguasai 16 kerusi pada masa ini berbanding PH yang hanya mempunyai 12 kerusi DUN.

Seorang pembantu Adly juga mengesahkan bahawa PH tidak lagi mendapat majoriti mudah dalam DUN.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Amanah berpegang teguh kepada muafakat Majlis Presiden PH

Read Next

Politik Sabah akan berubah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *