The Malaysia Post

Pembelajaran atas talian ‘e-learning’ hadapi cabaran di Malaysia

Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah landskap kehidupan masyarakat pada ketika ini. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, menyebabkan kebanyakan individu yang tidak mempunyai peranan khusus dalam perkhidmatan utama atau berkeperluan untuk berada di rumah.

Dalam aspek pendidikan pula, sekolah dan institusi pendidikan turut mengubah kaedah pelaksanaan pendidikan kepada atas talian sepenuhnya, setelah ditutup berikutan kerisauan terhadap kes COVID-19. Namun begitu, perubahan secara mengejut untuk pelaksanaan pembelajaran atas talian telah menybebabkan kebimbangan kepada sebahagian besar para guru dan pengajar.

Walaupun dunia terus menyaksikan capaian serta penyambungan internet terus meningkat setiap tahun, kawasan di Asia Tenggara seperti kebanyakan negara yang sedang membangun, masih terdapat segmen populasi yang besar tidak menerima akses kepada internet dan peranti elektronik.

Sesetengah sekolah mengaplikasikan pembelajaran atas talian untuk para pelajar, namun sekolah di luar bandar masih ke belakang

Sekiranya ada pun, masih ramai penduduk Asia Tenggara yang tidak menerima sambungan internet yang stabil dan tanpa batas. Malah, mereka yang mempunyai akses internet turut mengalami beberapa pembahagian infrastruktur. Seperti contoh, perbezaan jurang infrastruktur dapat dilihat oleh mereka yang tingal dekat atau di pusat bandar menerima capaian internet yang lebih laju berbanding mereka yang tinggal di kawasan kurang membangun dan agak luar dari bandar.

Bagi kawasan di Kuala Lumpur, penduduk di sana boleh menikmati kelajuan internet sehingga 800 megabytes sesaat. Tapi pada masa yang sama, di bahagian Timur Malaysia (Sabah dan Sarawak), kadar kelajuan internet adalah perlahan, malahan terdapat beberapa kawasan di negeri itu tidak mempunyai akses kepada servis internet.

Cabaran untuk melakukan pembelajaran atas talian juga boleh dilihat melalui polisi berkaitan pembelajaran e-learning yang hanya wujud untuk pelajar universiti sahaja. Walaupun begitu, ramai para pelajar universiti yang menimbulkan komen mereka tentang kualiti suasana pembelajaran dan kerisauan terhadap aksesibiliti yang memerlukan perisian berbayar untuk menyiapkan kerja di luar kampus. Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, belum ada sumber dan infrastruktur yang mencukupi untuk membolehkan pelaksanaan e-learning. Jadi, ianya memaksa para pelajar untuk belajar sendiri di rumah.

Di samping itu, sebagai sebuah negara yang membangun juga, kebanyakan pelajar datang dari ekonomi serta pendapatan keluarga yang sederhana. Akses mereka terhadap komputer hanya terhad untuk lab komputer yang disediakan oleh sekolah sahaja, dan banyak yang tidak mempunyai akses kepada sambungan internet pada peranti telefon mereka.

Kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk menangani beberapa isu ketika merancang pelan tindakan yang baik bagi memastikan semua kebajikan pelajar dijaga bila perkara seperti pandemik ini muncul pada masa akan datang.

Mungkin, kerajaan boleh wujudkan pelan tindakan yang lebih sesuai untuk pedagogi semasa krisis seperti pandemik wabak ini. Kerajaan boleh bekerjasama dengan peneraju teknologi utama untuk memudahkan kesan akibat penutupan sekolah. Selain itu, perlu adanya capaian internet yang lebih luas di luar bandar dengan menyediakan satelit jarak jauh yang berpatutan untuk sambungan intenet di kawasan tersebut.

Para pengajar juga harus lebih bersedia dengan menyediakan bahan sewajarnya berdasarkan keperluan pelajarnya dengan mengambil kira sama ada para pelajar mempunyai peranti sesuai untuk pembelajaran atas talian, dan sambungan internet yang stabil. Para pengajar juga boleh mengambil pendekatan dengan merekodkan video pelajaran pendek atau podcast audio, dan tidak hanya memfokuskan kepada pembelajaran penstriman langsung.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Quibi, penstriman baru melalui telefon pintar sahaja

Read Next

Pelarian di Malaysia mengalami keresahan, terjejas sepanjang tempoh PKP

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.