The Malaysia Post

Pemandu Lori Diserang Harimau Kumbang di Bukit Tangga

Seremban, 7 April 2025 – “Kalau saya tak sempat masukkan botol air dalam mulut harimau itu, mungkin saya dah mati sekarang,” kata A Suresh, 54, mangsa serangan harimau kumbang yang mengejutkan ramai di Bukit Tangga, Negeri Sembilan.

Kejadian tragis itu berlaku Khamis lalu ketika beliau berhenti seketika di kawasan tersebut semasa dalam perjalanan pulang dari Jelebu ke Kuala Lumpur. Pemandu lori yang berpengalaman lebih 25 tahun itu mengalami luka serius di kepala akibat cengkaman kuku haiwan liar tersebut dan menerima lebih 30 jahitan.

“Saya masih trauma. Sampai sekarang tak dapat tidur lena, terbayang-bayang serangan itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Detik Cemas Pemandu Lori Saat Diserang Harimau Kumbang

Kejadian berlaku ketika Suresh memberhentikan lorinya seketika di kawasan sunyi, dengan tujuan untuk memeriksa kenderaan dan membuang air kecil.

Secara tiba-tiba, seekor harimau kumbang muncul dan melompat ke arahnya dengan niat untuk menggigit kepala. Dalam keadaan panik, Suresh bertindak pantas dengan memasukkan botol air ke dalam mulut haiwan itu, sekali gus menghalang gigitan daripada mengenai kepalanya.

Suresh, seorang bapa kepada dua orang anak, melahirkan rasa syukur kerana pada saat kritikal itu, bunyi enjin sebuah kenderaan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut telah mengganggu tumpuan harimau kumbang tersebut. Gangguan itu menyebabkan haiwan berkenaan menghentikan serangan dan melarikan diri ke dalam hutan.

Baca lagi | Lelaki Orang Asli Maut Dibaham Harimau di Pos Pasik, Gua Musang

Bantuan Segera dan Lawatan Perhilitan Susulan Pemandu Lori Diserang Harimau Kumbang

Menurut Suresh, sebuah kenderaan berhenti di lokasi kejadian dan membantu menghubungi ambulans. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban dan dibenarkan pulang selepas tiga hari menerima rawatan.

“Sepanjang enam tahun saya ulang-alik ke Jelebu, tidak pernah ternampak harimau kumbang di kawasan itu,” katanya lagi.

Tambah beliau, pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah melawatnya di hospital dan menganggarkan berat harimau berkenaan antara 80 ke 90 kilogram.

Baca lagi | Buaya Tembaga 400 kg Akhirnya Tewas di Sungai Malim, Melaka

Insiden itu turut mendapat perhatian umum selepas satu video tular menunjukkan seorang lelaki diserang oleh haiwan berwarna hitam di tepi jalan. Video itu mencetuskan pelbagai reaksi dan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Suresh mengakui tidak menyangka kejadian itu menjadi tular dan menarik perhatian ramai pihak yang datang melawatnya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya, terutamanya pemandu lori, supaya lebih berhati-hati dan hanya berhenti di kawasan yang benar-benar selamat.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Abang Belon Retak Tulang Belakang, Polis Tunggu Laporan Perubatan

Read Next

Malaysia Pilih Rundingan Dengan AS Tangani Isu Tarif – Khaled Nordin

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *