The Malaysia Post

Peluang untuk skuad badminton lelaki cerah selepas undian semula

Peluang kini lebih cerah untuk team skuad badminton lelaki negara untuk bergelar juara kumpulan selepas undian semula diadakan bagi Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Filipina, hari ini.

Undian semula yang hanya membabitkan pasukan lelaki itu terpaksa diadakan semula atas penarikan diri China dan Hong Kong.

Ini susulan keputusan kerajaan Filipina yang menyekat kemasukan warga negara dari China dan Hong Kong berhubung penularan wabak koronavirus.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India dan Kazakhstan. Sebelum ini, skuad badminton negara berada dalam kumpulan C bersama skuad Taiwan dan Singapura.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, mengakui peluang kini lebih tinggi buat barisan pemain negara untuk mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan.

“Selepas undian semula ini, kami nampak memang kita lebih berpeluang untuk menjuarai kumpulan. Menentang India, selagi kita dapat mencuri satu mata dalam acara perseorangan, kita boleh.” kata Choong Hann.

Kejohanan Berpasukan Asia ini akan berlangsung bermula 11-16 Februari, di Rizal Memorial Collisium, Manila, Filipina.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Perbicaraan kes rogol membabitkan Exco Perak ditangguh

Read Next

Touch n’ Go e-Dompet sertai DuitNow, menerima pakai kod QR DuitNow

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *