The Malaysia Post

Peluang Palestin ke Piala Dunia Semakin Cerah, Hanya Perlu Menang Satu Lagi!

Skuad bola sepak kebangsaan Palestin mencipta sejarah baharu apabila mereka semakin menghampiri kelayakan ke Piala Dunia FIFA 2026, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Kumpulan B Pusingan Ketiga Kelayakan Zon Asia.

Setakat ini, Palestin menghuni kedudukan kelima dalam Kumpulan B dengan kutipan 9 mata, hanya dibezakan satu mata dengan Oman yang berada di tangga keempat. Perbezaan tipis ini menjadikan perlawanan terakhir menentang Oman sebagai misi hidup mati bagi Palestin untuk mengekalkan impian mereka ke pentas bola sepak paling berprestij dunia.

Palestin Vs Oman: Pertarungan Hidup Mati Kelayakan Untuk Layak ke Piala Dunia

Perlawanan terakhir menentang Oman bukan sekadar perlawanan biasa – ia merupakan penentu mutlak sama ada Palestin mampu mara ke peringkat seterusnya atau terpaksa melupakan impian ke Piala Dunia 2026. Sekiranya Palestin mencatat kemenangan ke atas Oman, mereka akan mengesahkan kemaraan ke Pusingan Keempat Kelayakan Zon Asia, iaitu pusingan play-off yang menempatkan pasukan-pasukan tangga ketiga dan keempat dari tiga kumpulan terakhir.

Menurut format kelayakan yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pusingan keempat ini menjadi pintu terakhir sebelum peluang menyertai perlawanan play-off antara benua terbuka. Palestin perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang ini demi mengukir sejarah penampilan sulung di Piala Dunia.

Baca juga:

Negara Asia Yang Telah Sah Layak ke Piala Dunia 2026

Setakat ini, enam negara dari benua Asia telah menempah tiket secara automatik ke Piala Dunia 2026, iaitu:

  1. Iran
  2. Uzbekistan
  3. Korea Selatan
  4. Jordan
  5. Jepun
  6. Australia

Mereka bakal disertai oleh juara kumpulan A dan B dari pusingan keempat kelak. Sementara itu, satu slot terakhir akan dipertandingkan menerusi perlawanan play-off antara benua, yang turut menjadi sasaran Palestin jika mereka gagal menjadi juara kumpulan.

Selain itu, beberapa pasukan seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Iraq dan Indonesia telah menempah tiket ke pusingan keempat dan kini menunggu lawan masing-masing bagi menentukan hala tuju terakhir mereka ke Piala Dunia.

Impian Palestin dan Simbol Ketahanan Sukan

Kejayaan Palestin dalam kempen kelayakan kali ini bukan sahaja menggambarkan peningkatan prestasi bola sepak negara itu, malah menjadi simbol ketahanan dan harapan sebuah negara yang berdepan pelbagai cabaran geopolitik.

Di sebalik kekangan fasiliti dan tekanan politik yang berpanjangan, pemain-pemain Palestin membuktikan bahawa semangat dan keazaman mampu mengatasi segala kekangan. Kelayakan ke Piala Dunia 2026 akan menjadi detik bersejarah yang bukan sahaja mengubah landskap bola sepak negara itu, malah membina semangat nasionalisme baharu buat rakyat Palestin di seluruh dunia.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Bas Express Pelajar UPSI Tidak Ikut Laluan Biasa, Keluarga Pertikai Tindakan Pemandu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *