The Malaysia Post

Ocean Infinity Sambung Misi Pencarian MH370 – Anthony Loke

PUTRAJAYA – 20 Disember 2024 – Kerajaan Malaysia telah bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang lebih 10 tahun lalu. Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dalam satu sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Jumaat.

Pencarian MH370 oleh Ocean Infinity Berasaskan Prinsip ‘No Find, No Fee’ – Anthony Loke

Anthony Loke dalam kenyataannya turut menjelaskan bahawa operasi pencarian di dasar laut akan melibatkan kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi. Menurut beliau, prinsip ‘no find, no fee’ bermaksud kerajaan tidak akan membayar sebarang kos kepada Ocean Infinity jika bangkai pesawat tidak ditemui.

Menurut beliau, lokasi pencarian bag pesawat MH370 yang baharu ini dicadangkan berdasarkan data terkini daripada pakar dan penyelidik. Anthony menyifatkan cadangan ini sebagai kukuh dan wajar untuk diteliti oleh kerajaan sebagai negara pendaftaran pesawat MH370.

Pencarian MH370: Rundingan dan Jadual Operasi Ocean Infinity

MOT kini sedang merundingkan terma dan syarat perjanjian dengan Ocean Infinity, yang dijangka akan dimuktamadkan awal tahun 2025. Kerja-kerja pencarian dijangka bermula selepas kontrak dimuktamadkan, dengan tempoh pencarian paling sesuai adalah antara Januari hingga April.

Baca lagi | Ketua Penyiasat Kes MH370 Muncul Kongsi Misteri

Kos Operasi dan Tempoh Pencarian MH370

Kos pencarian bagi pesawat MH370 ditetapkan pada kadar AS$70 juta sekiranya bangkai pesawat ditemui. Tempoh pencarian akan berlangsung selama 18 bulan, dan beberapa terma tambahan sedang dikaji oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

Latar Belakang MH370

Pesawat MH370 yang dilaporkan membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang pada 8 Mac 2014. Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China, tetapi hilang tanpa jejak hingga kini. Ocean Infinity pernah memulakan pencarian rasmi pada 22 Januari 2018, namun usaha tersebut dihentikan pada 29 Mei tahun sama selepas gagal menemukan bangkai pesawat.

Baca lagi | ‘Sepatutnya Saya Antara Petugas Dalam Flight MH370’ – Bekas Pramugara

Penemuan Isyarat Baharu MH370

Baru-baru ini, penyelidik dari Britain melaporkan pengesanan isyarat yang mungkin memberikan petunjuk baharu mengenai lokasi pesawat. Isyarat tersebut dikesan di Cape Leeuwin, Australia Barat, melalui stesen hidrofon yang terletak berhampiran lokasi terakhir pesawat dikesan oleh radar.

Anthony turut menyatakan keyakinan bahawa teknologi terkini yang digunakan oleh Ocean Infinity akan meningkatkan peluang pencarian kali ini.

Dengan keputusan kerajaan ini, pencarian MH370 memasuki fasa baharu, memberi harapan kepada keluarga waris untuk mendapatkan jawapan yang dinantikan selama ini.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Pelawak Terkenal Along Cham Merayu Supaya Dibenarkan Ikat Jamin

Read Next

Akaun Media Sosial Pempengaruh China Kena ‘Banned’ Selepas Kantoi Menyamar Sebagai Isteri Diraja Dubai

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.