Obor-obor beracun ditemui di pesisir Pantai Pulau Kekabu

Spesis obor-obor berbisa dipercayai Portugis Man O’ War telah ditemui di sepanjang pesisir Pantai Pulau Kekabu, Marang, di sini.

Dilaporkan semalam, bahawa 11 spesis hidrozoan marin (Physalia physalis) dijumpai di pantai tersebut, dipercayai kali pertama di negara ini.

Spesis ini boleh membunuh manusia dengan tentakel panjangnya yang mengandungi bisa, kebiasaannya ditemukan di Lautan Atlantik, India dan Pasifik.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kapten Mohd Zabri berkata, beliau dan beberapa anggota APM Marang menemui obor-obor ketika menjalani latihan penyelamatan di pantai.

“Kami diberitahu bahawa beberapa orang pelancong Australia yang berada di pantai terbabit melihat obor-obor tersebut mulanya. Selain daripada 11 ekor yang telah mati di pesisir pantai, 10 lagi ditemui di dalam air.

“Kami telah menasihati penduduk tempatan termasuk pelancong untuk berhati-hati dan menjauhkan diri daripada air,” katanya.

Contoh obor-obor telah dihantar ke Pusat Oseanografi Universti Malaysia Terengganu (UMT) untuk ujian lanjut.

Selain di Pantai Pulau Kekabu, spesis itu juga telah ditemui di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.


J M Riaz

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

JDT bertemu Vissel Kobe dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara AFC

Read Next

Empat lelaki disabit kesalahan serang Syed Saddiq

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.