Perbicaraan rasuah yang masih dijalankan berkaitan penipuan berjuta-juta dolar 1Malaysia Development Bhd (1MDB), bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata selepas kejatuhan kerajaan yang menggulingkan beliau, beliau menjangkakan suasana lebih kondusif untuk perbicaraan adil.
Najib disingkirkan pada 2018 dalam keadaan rakyat yang marah terhadap rasuah di Malaysia. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mentadbir negara sambil diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun begitu, perikatan yang menggulingkan beliau sudahpun tumbang pada hujung minggu lalu, ketika pergolakan akibat peletakan jawatan Perdana Menteri berusia 94 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib, 66, menafikan dakwaan terhadap dirinya dan mengatakan ianya bermotifkan politik.
Dr Mahathir telah menuduh parti Umno diterajui Najib cuba merampas kuasa supaya para pegawainya dapat melepaskan dari kesalahan dalam skandal 1MDB. Apabila beliau merebut kuasa untuk kali kedua dua tahun lalu, Mahathir menuduh Najib memainkan peranan utama dalam skandal 1MDB.
“Saya mengharapkan atmosfera (suasana) akan menjadi lebih kondusif ke arah perbicaraan yang adil,” kata Najib kepada Reuters dalam satu temu bual di rumahnya.
“Saya tidak boleh menyimpulkan apa-apa, kerana belum ada kesimpulan untuk perbicaraan itu … Tapi semoga, saya akan mendapat perbicaraan yang adil,” katanya.
Pejabat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberikan sebarang respon untuk menjawab komen tersebut. Najib berhadapan lima perbicaraan berkaitan skandal 1MDB yang memanjang dari Malaysia ke Timur Tengah sehinggalah Hollywood.