The Malaysia Post

Muhyiddin, Abdul Hadi Awang Perlu Buktikan Tidak Terlibat Dalam Komplot Gulingkan Kerajaan Perpaduan – Lim Kit Siang

Gesaan ke atas pemimpin Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat oleh Lim Kit Siang agar mereka patuh dengan peringatan Yang di-Pertuan Agong dan tidak berkomplot Gulingkan kerajaan Perpaduan.

Kit Siang juga menggesa dua pemimpin parti itu untuk buktikan dan isytihar bahawa kedua-dua parti berkenaan tidak terlibat dalam sebarang gerakan untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Perlu Akur Dengan Titah Yang di-Pertuan Agong

Ujar Veteran DAP, Lim Kit Siang itu, peringatan yang disampaikan itu merujuk kepada titah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu yang mahukan kestabilan politik negara dijadikan sebagai keutamaan.

Beliau berharap dengan titah tersebut Muhyiddin dan Abdul Hadi Awang akan akur dengan ketetapannya.

Baca lagi | Peruntukan Sekolah Agama Dan Sekolah Persendirian Cina Berbeza, Pemuda UMNO Desak Kerajaan Semak Semula

Titah ini telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu ketika membuat perasmian Parlimen ke-15 pada bulan februari yang lalu.

Namun ujar Lim Kit Siang, perkara ini tidak diikuti oleh kedua-dua parti yang dinaungi oleh Muhyiddin dan Tok Guru Abdul Hadi Awang itu sejak tiga bulan yang lalu.

Ujian Buat Para Pemimpin

Katanya lagi, ini merupakan ujian sama ada para pemimpin politik sanggup untuk mengetepikan kepentingan peribadi serta parti politik demi kepentingan untuk negara.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri merujuk kepada kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung isu kestabilan kerajaan, walaupun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berakhir pada enam bulan yang lalu.

Dalam kenyataan itu, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa rakyat, ekonomi, kesejahteraan, dan
kemakmuran negara perlulah diutamakan dan mengharapkan kestabilan politik negara.

Baca lagi | Gabungan 4 Parti Politik Sukarkan Gerakan Jatuhkan Kerajaan – Anwar

Baca Juga:  Setahun kemudian, penganalisis melihat PM Ismail Sabri secara senyap-senyap mengemudi negara ke arah yang betul

Kontroversi Tercetus di Parlimen

Pada Mac lalu, Abdul Hadi mencetuskan kontroversi di Parlimen selepas mengeluarkan pandangan bahawa usaha menumbangkan kerajaan ‘dalam masa terdekat’ adalah sesuatu yang dibolehkan kerana negara mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.

Beliau juga tegaskan bahawa beliau tidak melangkaui titah Yang di-Pertuan Agong yang iaitu mahukan sebuah kerajaan stabil dan kerajaan pimpinan Anwar perlu dikekalkan sehingga habis penggal.

Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim kini merupakan kerajaan kuat dan stabil apabila mendapat sokongan melebihi dua per tiga atau 148 Ahli Parlimen.

About Farid Zulkifli

db7e2fc9a63a9ebd68b44452f84ada85c193b650d009d0fb0287c1a357fee97b?s=90&d=mm&r=gFarid Zulkifli ialah wartawan teknologi dan perniagaan yang meliputi perkembangan pesat dunia startup di Malaysia, kemajuan fintech, serta kesan inovasi digital terhadap industri tempatan. Beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana teknologi baharu memacu pertumbuhan ekonomi dan membentuk amalan perniagaan harian.

Read Previous

Tanah Runtuh Wisma YPR, Seorang Pengawal Keselamatan Disahkan Maut

Read Next

Bushra Afreen ‘Ketua pegawai haba’ Pertama Asia Sertai Skuad Tangani Suhu Ekstrem

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *