Pengenalan Menu Rahmah telahpun diuar-uarkan kepada seluruh rakyat. Juadah ini merupakan satu hidangan seimbang dan lengkap yang dijual di restoran atau kedai-kedai makan di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak dengan harga serendah RM5.
Dengan adanya tawaran harga serendah RM5 secara tidak langsung mampu membantu golongan B40 yang terkesan ekoran daripada kenaikan harga barangan basah dan kering masa ini. Serta, pihak kerajaan juga telah menyediakan mesin layan diri dibawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu juadah sarapan dan hidangan tengahari serendah RM2.
Usaha Kerajaan Tambah Bekalan Makanan
Menurut Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, berkata di mana Kerajaan kini sedang berusaha dan membuat pendekatan untuk menambahkan bekalan makanan serta sekaligus menurunkan harga barangan secara berperingkat.
Di samping itu, langkah tersebut sedikit sebanyak meningkatkan persaingan harga melalui Menu Rahmah RM5 dan juadah sarapan serta hidangan tengahari serendah RM2 melalui mesin layan diri tersebut.
Baca lagi | Ryan Bakery Menang Dalam Content Creator Gempak Most Wanted 2023
Beliau berkata, cara tersebut mampu mengimbangi permintaan serta bekalan makanan di seluruh negara dan pada masa yang sama dapat mengurangkan beban kos sara hidup untuk golongan sasaran.
Inisiatif Lain Bantu Usahawan B40
Menurutnya lagi, usaha ini dilihat lebih mampan jika dibandingkan dengan membelanjakan wang rakyat untuk berhutang seperti mana yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga telah melaksanakan inisiatif lain untuk membantu usahawan daripada golongan B40 itu sendiri dengan membuka tanah-tanah yang tidak terpakai untuk diusahakan bagi menambahkan lagi bekalan makanan mentah dengan mempelbagaikan tanaman sayur-sayuran.
Akhir sekali, diharapkan dengan adanya inisiatif seperti ini daripada kerajaan secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat B40 serta kerajaan dapat menstabilkan harga barangan. Tuntasnya, golongan ini dapat merasai juadah dengan harga yang rendah dan perpatutan pada masa kini.