Dalam mencari pekerjaan, proses temuduga merupakan langkah penting yang perlu dilalui oleh setiap individu. Temuduga kerja adalah satu peluang bagi calon pekerja untuk membuktikan kemahiran, kepakaran, dan potensi mereka kepada majikan. Walau bagaimanapun, temuduga kerja juga boleh menjadi situasi yang mencabar dan menegangkan, terutamanya jika seseorang tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi atau tidak mempunyai pengetahuan tentang cara melaluinya dengan berjaya.
Oleh itu, dalam perkongsian kali ini, kami telah menyediakan 9 cara yang akan membantu anda untuk lulus temuduga dengan mudah. Jom lihat!
Cara Lulus Temuduga Dengan Mudah
#1. Paras Rupa Fizikal
Panel temuduga akan menilai penampilan anda, gaya berpakaian, dan kekemasan diri. Oleh itu, sila pastikan anda tampil dengan etika pemakaian yang betul untuk memudahkan penemuduga menilai anda dan tidak tersalah dalam penilaian yang dibuat.
#2. Tingkah Laku
Tingkah laku anda sangat penting! Anda akan dinilai berdasarkan kelakuan, pengawalan emosi, kejujuran, kesopanan, dan ketenangan anda. Oleh itu, janganlah bersikap emosi yang tidak terkawal semasa temuduga. Pastikan anda menjaga tutur kata dan bicara anda.
Baca lagi | ATS Resume Checker Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mohon Kerja!
#3. Kemahiran Bertutur
Anda akan dinilai berdasarkan cara anda bercakap, seperti kelancaran, kefahaman, kejelasan, perbendaharaan kata, dan penyampaian yang jelas. Pastikan setiap perkataan yang anda ucapkan kedengaran dengan jelas.
#4. Keyakinan
Keyakinan diri adalah perkara penting semasa temuduga. Jika anda tidak tahu jawapan sebenar, jangan risau, yang penting anda jujur dan yakin. Selain itu, kematangan sikap, pendapat, dan ketabahan juga akan dinilai.
#5. Kewibawaan
Seterusnya adalah mengenai kewibawaan. Majikan akan menilai anda berdasarkan personaliti yang tegas, bertenaga, dan kemahiran untuk meyakinkan serta mempertahankan hujah. Oleh itu, anda perlu tunjuk sikap profesional semasa berhujah dan jangan cuba menipu.
#6. Motivasi
Tunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk menjawat jawatan yang ditawarkan!
Melalui kesungguhan yang anda tunjukkan, majikan tidak akan berasa was-was adakah anda berkelayakan atau tidak.
Ingatlah, setiap pekerjaan memerlukan motivasi yang tinggi untuk memberikan yang terbaik kepada syarikat.
#7. Pembawaan
Pembawaan anda akan dinilai berdasarkan kemesraan, kemampuan bergaul, tingkah laku, pengawalan emosi, dan pemikiran yang kreatif. Ia berkaitan dengan bagaimana anda membawa diri dalam pergaulan.
Baca lagi | 9,152 Calon Dipanggil Temu Duga, 4,914 Jawatan Tetap di KKM
#8. Kecerdasan
Pastikan anda mempunyai pemikiran yang kreatif dan dapat berinteraksi dengan baik.
Keupayaan berfikiran secara kritis dan kreatif, menjawab soalan dengan baik, berfikiran logik, dan berfikiran analitis akan dinilai. Pastikan anda dapat memberikan jawapan yang baik semasa temuduga.
#9. Pengetahuan
Anda akan dinilai berdasarkan pengetahuan anda mengenai isu-isu semasa yang sedang berlaku dan popular. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa.
Jadi, itulah 9 cara yang boleh membantu meningkatkan markah anda semasa temuduga.
Pastikan anda memahami perkara-perkara ini jika anda serius untuk mendapatkan pekerjaan.
Semoga berjaya!