The Malaysia Post

Liverpool bakal julang trofi – tetapi tanpa peminat dan penyokong kelab

Liverpool diberi jaminan akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini – tetapi tanpa kehadiran penyokong.

Pasukan di bawah bimbingan Jurgen Klopp memerlukan dua lagi kemenangan daripada baki sembilan perlawanan apabila liga bersambung bulan depan untuk memastikan kejuaraan sulung sejak tahun 1990.

Bagaimanapun peminat setianya tidak berpeluang menyaksikan saat bersejarah itu kerana semua perlawanan selepas ini diadakan secara tertutup.

Namun ketua eksekutif Liga Perdana Richard Masters berjanji juara baharu itu akan menerima trofi mereka mengikut tradisi biasa, membolehkan mereka meraikan detik manis itu.

“Jika semuanya berjalan lancar, iya, akan ada majlis dan mereka akan meraikan penyerahan trofi itu.

“Kami bercadang mengadakan majlis penyerahan trofi bagi membolehkan pemain dan kakitangan meraikan saat yang mereka nantikan.

“Jadi kami akan cuba melakukannya kecuali ia tidak dibenarkan kerana faktor keselamatan.

“Tumpuan sekarang ialah menamatkan musim 2019-20, tetapi kami juga mempunyai rancangan untuk semua kemungkinan,” kata Masters.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Riza Aziz mungkin jadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB

Read Next

UAE berjaya mencipta teknologi ujian laser coronavirus pantas

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *