The Malaysia Post

Linda Hashim Sedia Dedah ‘Fail Rahsia’ Jika Beego Enggan Lafaz Cerai

Kuala Lumpur, 23 April 2025 – Aktres popular Linda Hashim menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan satu ‘fail sulit’ sekiranya suaminya, pelakon Beego, enggan melafazkan cerai dalam prosiding yang sedang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beego, atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, hadir ke mahkamah kira-kira jam 11 pagi untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung permohonan cerai yang difailkan isterinya awal Januari lalu. Beego dilihat memakai kemeja putih, ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Mazan dan ibunya, Rashidah Elias yang turut bertindak sebagai wakil JKP.

Beego Masih Mahu Selamatkan Rumah Tangga dengan Linda Hashim

Dalam keterangannya kepada media, pelakon berusia 44 tahun itu masih berharap hubungan perkahwinan mereka dapat diselamatkan walaupun proses penceraian telah dimulakan.

“Saya masih mengharapkan yang terbaik. Jika boleh, saya mahu perkahwinan ini terus kekal,” ujarnya ringkas.

Baca lagi | Beego Nafi Orang Ketiga Punca Cerai

Linda Hashim Tetap Nekad Mahu Beego Cerai, Ugut Dedah Fail Rahsia

Sementara itu, Linda yang tiba 15 minit selepas Beego, tampil tegas dengan pendiriannya untuk berpisah. Beliau hadir bersama peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaluddin serta bapa saudaranya, Johaini Ariff yang menjadi wakil JKP bagi pihaknya.

“Saya sudah terlalu lama memberi ruang untuk berbincang. Tapi tiada perubahan yang berlaku. Kali ini, saya berharap semuanya ada kesudahan,” kata Linda dengan nada tenang.

Apabila ditanya tindakan seterusnya jika Beego tetap enggan melepaskan, Linda dengan tenang menyatakan kemungkinan akan membuka satu fail yang selama ini dirahsiakan.

“Kalau dia masih tidak mahu lepaskan, saya akan ikut prosedur. Tapi mungkin saya akan dedahkan satu fail lain.”

Baca lagi | Linda Hashim Fail Cerai Kali Kedua, Beego Dakwa Tidak Terima Notis Mahkamah

Sejarah Penuh Onak Perkahwinan Linda Hashim, Beego

Terdahulu, pasangan ini pernah mencetus perhatian apabila hadir ke mahkamah pada Mei 2023 untuk membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas memutuskan untuk rujuk semula pada April 2023. Namun, hubungan mereka terus dilanda masalah apabila mereka dikatakan kembali bercerai buat kali kedua beberapa bulan kemudian.

Namun begitu, perkara itu tidak didedahkan kepada umum kerana mereka tidak mahu dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Al-Nassr Letak Harapan Tinggi Kepada Ronaldo Dalam Saingan Liga Juara-Juara AFC Elit

Read Next

26 Terbunuh dalam Serangan di Kashmir

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *