The Malaysia Post

Lebih Laju Dari Cahaya? Jepun Cipta Internet Paling Pantas Di Dunia

Bayangkan anda boleh muat turun semua filem Marvel, koleksi penuh lagu BTS, dan setiap permainan video di Steam  dalam masa kurang dari 10 saat. Bunyi macam mustahil? Tapi itulah kenyataan sekarang di Jepun!

Jepun Ubah Dunia Digital Dengan Internet Paling Pantas di Dunia

Sejarah baru diciptakan apabila sekumpulan penyelidik di Institut Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NICT), Jepun berjaya mencatat kelajuan internet terpantas di dunia – 1.02 petabit sesaat (1,020,000 Gbps). Itu bukan typo. Betul, lebih 1 juta gigabit sesaat!

Teknologi ini bukan sekadar gimik. Ia dibangunkan menggunakan kabel gentian optik standard (macam yang digunakan secara global), tapi dengan inovasi hebat – empat teras dan lebih daripada 50 panjang gelombang cahaya serentak!

Baca juga:

Apa Makna Internet Paling Pantas di Dunia dengan Kelajuan 1.02 Petabit Sesaat?

Kelajuan ini sangat menakjubkan  anda boleh:

  • Menstrim berjuta-juta video 8K pada masa yang sama
  • Muat turun semua permainan di Steam dalam masa kurang dari 10 saat
  • Hantar data bersaiz besar antara benua sekelip mata
  • Aktifkan AI generatif dan kenderaan pandu sendiri dalam masa nyata
  • Gunakan alat terjemahan bahasa real-time tanpa gangguan

Bukan Sekadar Uji Kajian, Internet Jepun Lebih Pantas Dari Cahaya

Lagi menakjubkan, kelajuan luar biasa ini dapat dikekalkan sejauh 51.7 kilometer, menjadikannya sangat sesuai untuk dibangunkan dalam sistem rangkaian sebenar di seluruh dunia  dari rumah ke pejabat, hingga ke pusat data gergasi.

Dengan kelajuan begini, masa depan bukan saja di hujung jari, ia dah pun bermula. Bayangkan dunia tanpa buffering, tanpa loading, tanpa delay. Inilah asas untuk teknologi masa depan seperti:

  • Cloud computing super laju
  • Metaverse & realiti maya hiperaktif
  • Kereta tanpa pemandu komunikasi langsung
  • Sistem kesihatan AI merentas sempadan
  • Terjemahan masa nyata untuk semua bahasa di dunia

Bagaimana Jepun Pecah Rekod Cipta Internet Paling Pantas di Dunia?

Kuncinya ialah penggunaan kabel gentian optik empat teras dan teknik penghantaran data canggih melalui pelbagai panjang gelombang cahaya. Gabungan ini membolehkan data dihantar dalam jumlah besar, sepantas kilat, tanpa kehilangan kelajuan atau kestabilan.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Ranking FIFA 2025: Malaysia Kini di Kedudukan ke-125 Dunia

Read Next

Proton R3 Motorsports Kini Tinggal Kenangan?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *