The Malaysia Post

Koronavirus: Rakyat Malaysia bersatu melawan wabak, tetapi berbolak-balik oleh isu politik

Gelombang kedua jangkitan koronavirus yang bermula pada bulan lalu menjadi isu penentuan bagi kepemimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika isu ‘politiking’ membabitkan impak penularan COVID-19 dibangkitkan semula. Sebelum ini, isu yang sama juga dipolitikkan tetapi berhenti pada awal minggu semasa sekatan pergerakan dan penutupan perkhidmatan serta perniagaan bermula pada Mac 18.

Tundingan jari di peringkat akar umbi dimainkan di media sosial apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sebarang perhimpunan dan mesyuarat tidak penting semakin meningkat. Ia juga memuncak apabila Menteri Kesihatan, Adham Baba dan kerajaan sebelum ini Pakatan Harapan (PH) saling menuduh siapa yang patut disalahkan berikutan penambahan kes purata sebanyak 1,000 kes seminggu sejak pertengahan bulan Mac yang pada ketika itu jumlahnya hanya 238 kes.

Ia mendorong ahli politik lain, termasuk bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk tampil memberikan pendapat mereka yang berpusat pada kegagalan untuk menghentikan perhimpunan tabligh yang diadakan dari 27 Februari hingga 1 Mac.

Acara tabligh yang diadakan di Masjid Jamek Sri Petaling di pinggir ibukota dihadiri oleh kira-kira 15,000 peserta, dituduh kerana bertanggungjawab untuk lebih daripada satu pertiga daripada 5,425 kes COVID-19 setakat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mula mentadbir pada 1 Mac setelah tempoh tempoh politik yang sengit memuncak dalam apa yang disebut sebagai Langkah Sheraton, di mana sebahagian besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan sebuah puak dari PKR yang diketuai oleh Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Azmin Ali bergabung tangan dengan parti pembangkang, seperti UMNO dan PAS, dalam sebuah pakatan yang disebut Perikatan Nasional (PN).

Ia menggantikan pemerintahan PH yang runtuh, hanya mentadbir selama 21 bulan setelah menjatuhkan pemerintahan kerajaan UMNO yang tidak dapat ditewaskan, di mana telah mentadbir negara sejak zaman kemerdekaan lagi. PH memenangi pilihan raya pada Mei 2018 dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, sekaligus menjadikan beliau tokoh tertua sebagai PM di dunia dan juga mentadbir negara sebanyak dua kali.

Namun di tengah-tengah serangan yang dilemparkan terhadap legitimasi PN, kedua-dua pihak mengaku memperoleh majoriti parlimen – PKP diumumkan berlangsung pada 18 Mac, setelah melihat kes koronavirus meningkat dua kali ganda dalam masa dua hari.

Minggu-minggu awal perlaksanaan PKP memperlihatkan solidariti dan kritikan membina di media sosial bagi membendung penularan virus maut itu, tetapi kekecewaan turut muncul dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana terpaksa berkurung di rumah dan melihat sebahagian besar ekonomi negara menjadi lumpuh.

Permainan terus dimainkan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Adham Baba pada Sabtu lepas, yang menyalahkan kerajaan PH kerana gagal menghentikan perhimpunan tabligh.

“Pada 10 Mac, kita melihat satu kluster baharu muncul yang mana kerajaan sebelum ini gagal untuk mengekangnya, iaitu kluster tabligh,” kata Adham Baba dalam telekonferens bersama dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang disiarkan secara langsung di media sosial.

“Sekiranya kluster ini dicegah, gelombang kedua jangkitan tidak akan berlaku.”

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adham Baba itu, Menteri Kesihatan kerajaan PH, Dzulkefly Ahmad membidas semula kenyataan itu pada hari yang sama di laman sosial beliau. Dzulkefly menyatakan bahawa kerajaan PH tumbang pada 24 Februari.

Ini meninggalkan Malaysia tanpa pemerintahan selama seminggu semasa minggu perhimpunan tabligh itu diadakan, dan kabinet baru hanya dilantik pada 9 Mac.

“Sekiranya ada menteri yang berpengalaman dalam perhimpunan tabligh, ia adalah Menteri Dalam Negeri, yang sekarang adalah Perdana Menteri. Mungkin PM tidak menyedari hal tersebut, kerana ada agenda yang lebih serius mengalihkan perhatian beliau ketika itu.

“Paling mengecewakan, fokus untuk menguruskan krisis COVID-19 di’hijacked’ ketika Langkah Sheraton tersebut dicetuskan,” katanya.

Para pemimpin PN membantah dengan mengatakan bahawa Badan Pengurusan Bencana Nasional yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah sepatutnya individu yang membuat langkah-langkah keselamatan bagi membendung penularan wabak itu.

Najib Razak juga menunding kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh PH pada ketika itu, menyatakan perhimpunan tabligh itu tidak mendapat tentangan daripada berlansung pada 17 Feb lalu.

Selain itu, minggu lalu juga menyaksikan media sosial tular dengan gambar-gambar pemimpin politik dari kedua-dua parti politik yang dikecam oleh para netizen kerana didakwa melanggar arahan PKP dan MKN.

Walau bagaimanapun, dengan jumlah jangkitan baru yang semakin berkurangan dengan kes kurang daripada 100 kes sejak Sabtu lepas, tumpuan beralih kepada sama ada ekonomi yang lemah boleh dipulihkan selepas pasca-PKP.

Muhyiddin telah memainkan peranan beliau dengan menganjurkan Pelan Rangsangan Ekonomi Negara bagi keseluruhan rakyat Malaysia yang terjejas selain pelan ekonomi bagi merancakkan semula perhidmatan dan perniagaan di Malaysia.

Krisis pandemik sepatutnya tidak di’politik’kan untuk mendapatkan sokongan majoriti atau menuduh mana-mana pihak. Ianya adalah masa yang sukar dan semua pihak harus bekerjasama tentang bagaimana untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara. Pertelingkahan hanya akan menjejaskan lagi apa yang kita kecapi pada saat ini.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Apa dimaksudkan dengan harga minyak mentah negatif dan impaknya terhadap pengguna?

Read Next

Kes pembuangan haiwan peliharaan semasa tempoh PKP meningkat tiga kali ganda

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.