The Malaysia Post

Kes SUV terhumban ke laut: Peguam tertuduh tarik diri

Perbicaraan kes seorang bekas pekerja salon yang didakwa menyebabkan kematian seorang pelajar kolej selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, pada Januari tahun lepas, hari ini ditangguhkan berikutan peguam tertuduh S. Parameswaran menarik diri.

Hakim Ahzah Fariz Ahmad Khairuddin, yang bertindak sebagai Majistret, dimaklumkan bahawa K. Vaitheswaran telah melantik peguam baharu iaitu K. Paramanathan atas penarikan diri peguam sebelum ini.

Ahzah Fariz kemudian menetapkan 10, 12 dan 13 Mac sebagai tarikh sambung bicara untuk memberikan masa kepada peguam untuk meneliti kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim.

Tertuduh, K. Vaitheswaran yang melanggar kereta SUV dipandu oleh Moey Yun Peng di atas Jambatan Pulau Pinang.

Pada 11 Februari tahun lalu, bekas pekerja salon itu, K. Vaitheswaran, 21, telah didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000 dan hilang kelayakan lesen memandu sehingga tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai kira-kira pukul 3 pagi pada 20 Jan tahun lepas.

Dalam kejadian itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu kereta jenis Toyota Vios telah berlanggar dengan SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Moey Yun Peng, 20, di atas jambatan berkenaan sehingga SUV itu hilang kawalan dan terjunam ke laut.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Pertumbuhan ekonomi Malaysia perlahan, terendah dalam 10 tahun

Read Next

JDT bertemu Vissel Kobe dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara AFC

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.