KUALA TERENGGANU, 2 Mei 2025 – Seorang peniaga kosmetik popular di Terengganu mencetuskan kejutan selepas ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Peniaga Kosmetik Disyaki Edar Dadah di Terengganu Ditahan
Suspek, lelaki tempatan berusia 35 tahun, ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 1 kilogram dalam serbuan yang dilakukan pihak polis di sebuah premis tidak beroperasi di Kampung Paya Keladi, pada Isnin lalu.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, mengesahkan penahanan tersebut, yang turut membawa kepada penyitaan aset mewah dan wang tunai bernilai hampir RM1 juta.
Rampasan Aset Mewah Peniaga Komestik Termasuk Kereta dan Barang Kemas
Antara barangan yang dirampas dalam operasi itu termasuk:
- Sebuah Toyota Alphard
- Sebuah Mini Cooper Countryman
- Sebuah Range Rover
- Wang tunai sebanyak RM7,700
- Beberapa barangan kemas emas
Rampasan dilakukan di bawah peruntukan undang-undang anti pengubahan wang haram, dengan siasatan menunjukkan kekayaan suspek dipercayai diperoleh hasil daripada aktiviti pengedaran dadah.
Dadah Syabu Untuk 6,000 Penagih?
Pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan satu bungkusan plastik hijau berisi dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram, dipercayai untuk diedarkan kepada kira-kira 6,000 penagih di daerah Kuala Terengganu.
Hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Nimetazepam, walaupun beliau tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau sebelum ini.
Baca lagi:
- Penyanyi ‘Bae Sobar Bae’, Eda Ezrin Dibebaskan daripada Tuduhan Miliki Dadah
- Tidak Mampu Bayar RM1 Juta, Keluarga Penyanyi Dikir Barat yang Ditahan Di Thailand Terpaksa Tolak Tawaran Peguam
Peniaga Kosmetik Disiasat Di Bawah Seksyen 39B
Suspek kini direman selama 7 hari sehingga 5 Mei 2025, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Pihak polis kini giat meneruskan siasatan bagi menjejaki rangkaian sindiket dadah yang mungkin mempunyai kaitan dengan suspek.