Iskandar Puteri bakal menjadi tumpuan dunia bola sepak Asia Tenggara apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) turun menentang Lion City Sailors dalam perlawanan sulung Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26. Aksi Piala Shopee 2025/26 yang berlangsung pada 21 Ogos 2025, jam 5:30 petang di Stadium Sultan Ibrahim ini bakal menggegarkan pentas bola sepak serantau.
Sebagai wakil Malaysia, JDT hadir dengan reputasi gah selepas mengekalkan dominasi domestik dan menjadi antara kelab Asia Tenggara yang konsisten di pentas antarabangsa. Skuad Harimau Selatan dilihat bukan sahaja ingin menang, tetapi mahu melakar sejarah baharu dengan menjuarai kejohanan edisi pertama ini.
Liputan Siaran Langsung dan Akses Digital Perlawanan Piala Shopee 2025/26 JDT vs Lion City Sailors
Bagi peminat bola sepak tanah air, anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung menerusi:
- Astro Arena Bola (saluran 803)
- Aplikasi Astro GO
- Platform penstriman Sooka
Astro Arena merupakan stesen penyiar rasmi kejohanan ini, sekaligus memastikan peminat tidak ketinggalan untuk menikmati aksi berkualiti tinggi secara terus dari Stadium Sultan Ibrahim. Dengan kemudahan penstriman, peminat kini boleh menonton perlawanan penting ini di mana-mana sahaja – sama ada melalui televisyen, komputer riba, ataupun telefon pintar.
JDT: Harapan Negara di ACC Piala Shopee 2025/26
Di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Xisco Muñoz, JDT tampil dengan persiapan rapi. Kelab ini bukan lagi sekadar kuasa bola sepak Malaysia, tetapi kini diiktiraf sebagai salah satu kelab elit Asia Tenggara.
Antara tonggak utama yang menjadi sandaran JDT termasuk:
- Joao Vitor Brandao Figueiredo – penyerang berbisa dengan sentuhan penyudah tajam.
- Jon Irazabal – benteng pertahanan kental yang sukar ditembusi.
- Hector Hevel – maestro tengah yang mengawal tempo permainan.
- Ignacio Mendez – pemain warisan yang memberi keseimbangan dalam taktikal pasukan.
Kombinasi pemain import dan tempatan memberi kelebihan kepada JDT untuk tampil lebih agresif dalam memburu kemenangan pertama mereka dalam kejohanan ini.
Lion City Sailors: Cabaran Seberang Tambak
Meskipun JDT tampil dengan reputasi sebagai pasukan pilihan, cabaran daripada Lion City Sailors tidak boleh dipandang ringan. Kelab Singapura ini telah melakukan persediaan besar dengan merekrut beberapa pemain import berprofil tinggi, termasuk:
- Anderson Lopes – penyerang prolifik dari Brazil.
- Tsiy Ndenge – pemain tengah yang agresif dengan kawalan bola mantap.
- Ivan Susak – pertahanan yang memiliki pengalaman luas di pentas antarabangsa.
Dengan barisan pemain yang super hebat ini, Lion City Sailors dijangka bakal memberi tentangan paling sengit kepada tuan rumah, sekali gus menjadikan perlawanan ini lebih dramatik dan penuh debaran.
Baca juga:
- Semak Pasukan Layak & Format Baharu Shopee Cup Musim 2025/26
- Dion Cools dan Hector Hevel Akan Sertai Kem Latihan Harimau Malaya Secara Berperingkat
Piala Shopee 2025/26: Pentas Baharu Bola Sepak ASEAN
Piala Shopee bukan sekadar kejohanan, tetapi simbol kebangkitan bola sepak ASEAN. Ia menghimpunkan kelab-kelab terbaik rantau ini dalam format yang lebih kompetitif, sekaligus meningkatkan daya saing dan kualiti permainan.
Bagi JDT, kejohanan ini memberi peluang untuk mengukuhkan status mereka sebagai kuasa bola sepak serantau, manakala bagi Lion City Sailors, ia adalah pentas membuktikan kemampuan mereka menandingi pasukan elit luar negara.