The Malaysia Post

Hot FM Bekpes Hot Skuba: Misi Siaran Langsung Dari Dasar Laut Pertama Di Malaysia

PETALING JAYA, 15 Ogos 2025 – Stesen radio popular tanah air, Hot FM, sekali lagi mencipta fenomena dalam industri penyiaran negara apabila berjaya melaksanakan siaran secara langsung dari dasar laut Pulau Bidong, Terengganu – satu pencapaian yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana stesen radio di Malaysia.

Cipta Rekod Lagi! Hot FM Stesen Radio Pertama Lakukan Siaran Langsung Dari Dasar Laut

Misi luar biasa Hot FM kali ini sberpaksi kepada kejayaan penyampai mereka menawan puncak Gunung Kinabalu pada November tahun lalu menerusi kempen Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu. Melalui kempen itu, pasukan penyampai Hot FM bersiaran selama 24 jam tanpa henti dan mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Hot FM dan UMT Berganding Bahu dalam Misi Bekpes Hot Skuba 

Kali ini, Hot FM hadir dengan misi luar biasa yang dikenali sebagai Bekpes Hot Skuba melibatkan barisan penyampai utama seperti AG, Khairy Jamaluddin (KJ), Johan, dan Fara Fauzana. Ketiga-tiga penyampai popular ini akan bersiaran secara langsung dari dasar laut bersama pasukan penyelam profesional dengan sokongan teknikal daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menurut KJ, mereka hanya diberikan satu peluang ke udara secara langsung dari dalam laut, menjadikan misi ini lebih mencabar dari aspek teknikal dan logistik.

“Kita kena realistik sebab cuma ada satu peluang. Ada sejam sahaja untuk bersiaran. Kalau kita terlepas, memang tidak akan tercapai matlamat misi tawan laut,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

MBOR Bakal Ikhtiraf Hot FM untuk Stesen Radio Pertama Lakukan Siaran Langsung Dari Dasar Laut!

Misi yang dianggap berisiko tinggi ini telah mendapat sambutan hangat di media sosial apabila mendapat lebih daripada 4.1 juta tanda suka, menyokong usaha mereka untuk menakluk lautan selepas kejayaan di puncak.

Baca Juga:  Arab Saudi Haramkan Siaran Langsung Solat Tarawih di Masjid

Persiapan rapi telah dilakukan oleh semua penyampai, termasuk latihan intensif menyelam bersama jurulatih bertauliah bagi memastikan keselamatan dan kelancaran penyiaran.

Difahamkan, Hot FM turut dalam proses mencalonkan pencapaian ini untuk pengiktirafan MBOR di bawah kategori Siaran Radio Pertama di Dasar Laut – satu lagi mercu tanda dalam sejarah penyiaran negara.

Baca juga:

Simbol Inovasi dan Semangat Keusahawanan Penyiaran Hot FM

Langkah ini membuktikan komitmen Hot FM dalam meneroka dimensi baharu dalam penyampaian kandungan siaran radio. Inovasi ini bukan sahaja mencerminkan keberanian, malah menjadi inspirasi kepada industri kreatif Malaysia untuk terus bereksperimen dalam ruang digital dan hiburan moden.

Pencapaian ini turut dilihat sebagai satu bentuk strategi pemasaran berimpak tinggi yang menyatukan elemen hiburan, sukan ekstrem dan penyertaan komuniti dalam menjayakan agenda penyiaran nasional secara progresif.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Ini 5+ Homestay di Melaka yang Cantik, Murah & Dekat Tarikan Popular

Read Next

“Bring It On!” – Dr Akmal Saleh Cabar DAP

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *