Guang Eng: Pakatan Harapan belum bubar

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, perkara berkenaan hanya akan diketahui setelah semua parti politik menyatakan ketetapan mereka.

Pada masa sama, Guan Eng berkata, PH belum terbubar seperti mana yang diperkatakan ketika ini.

Terdahulu, Guan Eng menyatakan sokongan DAP supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

Cadangan itu diutarakan dalam mesyuarat tergempar parti berkenaan pada Isnin.

Guan Eng turut mendakwa, keputusan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dibuat kerana beliau enggan bekerjasama dengan UMNO.

Perkara itu, kata Guan Eng, dimaklumkan oleh Dr Mahathir ketika dalam satu pertemuan di kediaman Perdana Menteri pada pagi Isnin.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Warisan sokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri

Read Next

Agong lantik Mahathir sebagai Perdana Menteri interim

Langgan
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Inginkan pendapat anda, sila komen.x
()
x