BANGKOK: Beberapa negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan kini mengalami gelombang haba, dengan rekod suhu tinggi yang dicatat oleh beberapa negara.
Bangladesh antaranya telah pun mencatatkan suhu tertinggi dalam hampir 60 tahun, manakala di India pula, terdapat sekurang-kurangnya 13 maut akibat strok haba manakala lagi dua maut di Thailand.
Pemanasan global memburukkan lagi cuaca, dengan laporan terbaru Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim memberi amaran bahawa setiap kenaikan pemanasan global akan meningkatkan bahaya berganda secara serentak, kata saintis.
Peningkatan Gelombang Haba Semakin Memburuk
Jabatan Meteorologi Thailand mengingatkan bahawa suhu panas akan berterusan hingga minggu depan, selepas suhu mencapai rekod 44.6 darjah Celsius di wilayah barat Tak pada 15 April lalu. Timbalan ketua pengarah jabatan itu, Thanasit Iamananchai, berkata bahawa cuaca panas tahun ini mungkin bertambah teruk kerana tindakan manusia.
Baca lagi | Aira Mara ke Pusingan Akhir Skuasy Terbuka Irish
Menurut kenyataan dari saintis dan ketua serantau bagi institut dasar iklim, Climate Analytics yang berpangkalan di Pakistan,iaitu Fahad Saeed, Thailand, China dan Asia Selatan yang mencatatkan trend iklim peningkatan suhu yang mendadak, boleh menyebabkan cabaran kepada kesihatan awam untuk tahun hadapan,” Beliau turut memberi amaran bahawa suhu yang melonjak ini juga berpunca daripada perubahan iklim dan kesan terhadap penduduk rentan akan menjadi lebih teruk dan serius.
Malah, kata Fahad lagi, cuaca yang sangat panas sejak beberapa hari lalu ini juga akan memberi implikasi serius kepada penduduk miskin. Sama ada ia akan mengancam nyawa mereka, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada penyejukan atau tempat perlindungan yang mencukupi”.
Penduduk Buat Solat Hajat Mohon Hujan
Menurut Abul Kalam Azad yang merupakan ketua polis tempatan, disebabkan cuaca yang tinggi ini, terdapat ratusan penduduk telah pun berkumpul di ibu kota Dhakapada minggu ini untuk berdoa memohon hujan, suhu berkurangan dan perlindungan daripada gelombang haba selepas suhu dikatakan telah mencecah 40.6 darjah Celsius. Ia juga merupakan bacaan suhu yang tertinggi direkodkan sejak 1960-an.
Baca lagi | Sofyank Kejutkan Zach King, Fahmi Fadzil Ucap Tahniah
Bangladesh yang merupakan negara yang berada pada paras rendah itu juga sangat terjejas dengan mendadak akibat perubahan iklim, termasuklah mengalami banjir yang dahsyat serta penerimaan hujan yang tidak menentu.
Malah, sekurang-kurangnya 13 maut akibat strok haba pada satu acara anugerah yang diadakan pada ahad lalu di tempat terbuka di barat India. Pihak berkuasa cuaca negara itu juga berkata bahawa suhu kira-kira tiga hingga empat darjah melebihi normal pula dialam bahagian timur dan utara India. – AFP