The Malaysia Post

Gabungan Dengan Perikatan Nasional, Pejuang Akan Mohon Semula

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Perikatan Nasional (PN) berkenaan permohonannya untuk menyertai gabungan dengan Perikatan Nasional tersebut walaupun laporan berita yang mengatakan permohonannya telah ditolak.

Ahli Majlis Tertinggi Pejuang, Mohd Shaid Rosli, berkata bahawa parti beliau ingin bertanding dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang dan kemungkinan besar akan memohon semula untuk menyertai gabungan Pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan besar parti Pejuang akan membuat permohonan semula kepada PN kerana pada menurut mereka berita mengenai penolakan permohonan tersebut hanya merupakan desas-desus melalui media.

Jelasnya sehingga ke hari ini, Pejuang tidak menerima surat daripada PN yang mengatakan permohonan mereka telah ditolak.

Oleh hal yang demikian, beliau amat berharap sekiranya terdapat penolakan sebaiknya melalui surat bukan melalui media untuk kesahihan.

Baca lagi | Dr Mahathir: Mukhriz pergi sendiri sekarang, saya tidak berhak untuk menghentikannya menjadi calon DPM

Presiden Pejuang Perlu Buat Pertimbangan

Katanya lagi, beliau tidak pasti sama ada akan rayu, tetapi sebagai ahli Majlis Tertinggi, beliau memberikan pandangan dalam mesyuarat agar presiden dapat membuat pertimbangan semula, dan membuat permohonan semula dan sebagainya.

Shaid berkata bahawa Pejuang melihat PN sebagai wakil bagi orang Melayu dan akan menyokongnya untuk memastikan kesatuan masyarakat.

Kata Shaid lagi, Pejuang tidak mahu meihat orang Melayu berpecah-belah, dan mereka tahu bahawa kekuatan Pejuang tidaklah begitu kuat.

Oleh sebab itu juga, mereka tidak melihat orang akan bersedia untuk menerima Pejuang walaupun para pemimpinnya langsung tidak terlibat dalam kes rasuah, mahkamah, penyalahgunaan kuasa, dan sebagainya.

Tidak jelas sama ada Shaid memberikan penjelasan mengenai kes rasuah tersebut kerana perkara tersebut tidak disebut dalam akhbar harian tersebut.

Shaid, yang merupakan ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Selangor dalam pilihan raya jika itu akan membantu PN memenangi pilihan raya tersebut.

Baca lagi | Maszlee disyaki keluar dari Parti Pejuang

Beri Sokongan Kepada Perikatan Nasional

Sekiranya beliau bertanding di Jeram dan itu menyebabkan perpecahan di kalangan orang Melayu, ujarnya adalah lebih baik jika dirinya tidak bertanding dan akan terus menyokong parti Melayu iaitu PN.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengumumkan pada 1 Mac bahawa beliau telah memohon supaya parti beliau menjadi komponen PN.

Namun, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dilaporkan menolak permohonan Pejuang pada 20 Mac selepas mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan tersebut dengan tiga komponen sedia ada iaitu Bersatu, PAS, dan Gerakan.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Konsert Coldplay Malaysia: Perlu Hormat Dan Tidak Kibarkan Bendera LGBT – Caprice

Read Next

Krisis Air: Pulau Pinang Perlu Tutup Baraj Untuk Dapatkan Air Dari Empangan – Sanusi

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.