Pelakon yang juga penyanyi terkenal, Bella Astillah, kembali mencuri perhatian ramai apabila dilihat hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, bagi memberi sokongan moral kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Pagi ini, Syed Saddiq bakal menghadiri prosiding pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan empat pertuduhan dana melibatkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Kehadiran Bella, 31, yang tampil anggun berbaju kurung tradisional, menjadi tumpuan utama lensa kamera media dan orang ramai yang hadir. Senyumannya yang manis dan kehadirannya yang tenang di perkarangan Istana Kehakiman mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Sokongan Padu Bella Astillah Terhadap Syed Saddiq Curi Tumpuan
Bukan sekadar hadir beri sokongan, Bella juga turut dilihat beramah mesra dengan ibu dan kakak Syed Saddiq, sekaligus menunjukkan hubungan baik yang sedang terjalin di antara mereka. Perkara itu sekaligus menguatkan spekulasi bahawa hubungan dua figura terkenal itu bukan sekadar kenalan biasa.
“Alahai, sejuk hati tengok Bella mesra dengan mak Syed Saddiq. Macam menantu dah!” tulis seorang pengguna di media sosial.
“Vitamin Pagi” Buat Netizen
Netizen meluahkan rasa gembira dan teruja melihat penampilan Bella yang memberi aura positif pada pagi prosiding mahkamah tersebut.
“Terima kasih Bella sebab bagi vitamin pagi ni. Tenang je tengok awak. Semoga semua urusan Syed Saddiq dipermudahkan,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Kehadiran Bella dianggap sebagai sumber semangat buat Syed Saddiq yang ketika ini berdepan cabaran besar dalam perjalanan politik dan peribadinya. Malah, bukan kali pertama Bella dilihat menemani Saddiq ke mahkamah – beliau turut hadir pada prosiding lepas pada 19 dan 20 Mac lalu.
Baca lagi | Bella Astillah Bakal Bercerai dengan Aliff Aziz
Fenomena ‘BASS’ Terus Hangat
Gabungan nama ‘Bella dan Saddiq’, atau lebih dikenali dalam kalangan peminat sebagai ‘BASS’, masih menjadi fenomena di media sosial. Hashtag #BASS terus trending di TikTok dan X (Twitter) dengan ribuan pengguna berkongsi gambar serta video momen manis mereka berdua.
Walaupun tiada kenyataan rasmi yang mengesahkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih, keluarga kedua-dua pihak dilaporkan merestui andai gosip percintaan itu menjadi kenyataan.
Baca lagi | Syed Saddiq Gelar DAP ‘Lapdog Zahid’
Buat masa ini, kedua-duanya mengambil pendekatan berdiam diri dan memilih untuk memberi tumpuan terhadap isu penting yang sedang mereka hadapi.