Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras beliau masih Pengerusi yang sah untuk parti kepimpinannya, BERSATU.
Kemelut di parti tersebut semakin bercelaru kerana Mahathir telah menjelaskan surat pengguguran ahli yang dikeluarkan Setiausaha Kerja BERSATU, Mohammad Suhaimi Yahya kelmarin sebagai tidak sah dan tidak menepati perlembagaan parti.
Justeru, beliau dalam sidang media petang ini memaklumkan bahawa Suhaimi dipecat dari parti. Beliau berkata, Setiausaha Kerja BERSATU tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat pemakluman pengguguran ahli, apatah lagi ia tidak pernah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).