Hujan lebat dan gelombang panas akan menjejaskan bahagian negara antara Isnin dan Selasa, Pusat Meteorologi Negara mengumumkan pada Isnin lalu dengan mengeluarkan amaran merah paling tinggi disebabkan cuaca ekstrem.
Amaran hujan lebat telah dikeluarkan untuk wilayah Fujian di tenggara, Jiangxi di timur, dan Guangxi di selatan. Kira-kira 60 mm hujan telah direkodkan di Guangxi.
Di daerah Xiufeng di bandar Guilin wilayah itu, 160 mm hujan direkodkan dan dijangka mencecah 270 mm.
Penutupan Sekolah di Seluruh Guilin
Keadaan ini telah menyebabkan pembatalan kelas dan penutupan lebih 300 sekolah di seluruh Guilin.
Beberapa kawasan juga akan mengalami hujan lebat dalam jangka pendek, dengan lebih 60 mm hujan sejam di lokasi tertentu, diiringi guruh dan angin kencang.
Sementara itu, amaran merah untuk gelombang haba telah dikeluarkan di wilayah selatan Yunnan.
Baca lagi | Gelombang Haba Landa Asia
Amaran Kuning Dikeluarkan Minggu Lalu
Suhu tinggi telah dilaporkan di bahagian Yunnan, dengan ramalan lebih 40 darjah Celsius di kawasan seperti Banpo dan Daheishan, dan lebih 37 darjah Celsius di sekitar Qimaba.
Pihak berkuasa tetap berwaspada dan mengesyorkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga.
Terdahulu, Observatorium kebangsaan China pada hari Rabu telah pun mengeluarkan semula amaran kuning bagi jerebu tebal di beberapa kawasan negara itu.
Pada hari Rabu, jerebu tebal dijangka akan memberi kesan kepada perairan pantai Semenanjung Liaodong dan Semenanjung Shandong, serta kawasan timur Laut Kuning, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Kebangsaan.
Baca lagi | 7 Tips Menghadapi Cuaca Panas dan Udara Tidak Bersih
Gangguan Penglihatan Kurang Daripada 1 KM
Pusat tersebut turut menyatakan bahawa jarak pandang di beberapa kawasan yang terjejas akan berkurang kepada kurang daripada 1,000 meter atau bersamaan dengan 1 km.
Kapal-kapal yang berlayar dan beroperasi telah dinasihatkan untuk memperkuatkan pengawasan, mengawal kelajuan, dan mengekalkan jarak yang selamat bagi memastikan navigasi yang selamat.
China mempunyai sistem amaran tiga peringkat berwarna untuk jerebu tebal, dengan merah menjadi yang paling serius, diikuti oleh oren dan kuning.