The Malaysia Post

Cara Perbaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan Secara Dalam Talian dengan MyJPJ

Kini, anda tidak perlu lagi bersesak-sesak di kaunter untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kereta anda. Dengan pelancaran fungsi baharu dalam aplikasi MyJPJ pada awal Februari 2024, proses ini menjadi lebih mudah dan cepat. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan melalui aplikasi MyJPJ dengan panduan langkah demi langkah.

Cara Perbaharui Lesen Memandu dalam Aplikasi MyJPJ

Langkah 1 – Pergi ke Bahagian Profil

Pertama sekali, lancarkan aplikasi MyJPJ di peranti anda. Klik pada ikon Profil di bahagian bawah skrin untuk melihat lesen memandu digital anda. Pastikan anda sudah log masuk dengan betul untuk akses penuh.

Langkah 2 – Klik Pada Pembaharuan

Skrol ke bawah dalam halaman Profil sehingga anda menemui butang ‘Pembaharuan’. Tekan butang ini untuk memulakan proses pembaharuan. Jika butang ini tidak kelihatan, anda boleh cuba untuk menekan butang ‘Jana Semula’ bagi memuatkan semula halaman dan butang ‘Pembaharuan’ tersebut akan muncul.

Langkah 3 – Pilih Jenis Lesen

Periksa nama dan nombor kad pengenalan anda yang dipaparkan. Pilih jenis lesen memandu yang ingin diperbaharui dan tetapkan tempoh pembaharuan yang diingini, dengan pilihan sehingga 10 tahun, bergantung kepada jenis lesen. Anda juga boleh memilih sama ada untuk mendapatkan lesen memandu dalam format digital sahaja atau juga salinan fizikal.

Langkah 4 – Buat Pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang anda kehendaki dan buat pembayaran mengikut jumlah yang telah ditetapkan. Buat masa ini, pembayaran hanya boleh dilakukan menggunakan kad kredit atau kad debit. Setelah pembayaran berjaya, resit akan dipaparkan.

Langkah 5 – Terima Lesen Memandu Baharu Anda!

Selepas selesai semua proses, lesen memandu baharu anda akan dipaparkan dalam aplikasi MyJPJ. Jika ia tidak kelihatan, tekan butang ‘Jana Semula’ untuk memaparkan lesen memandu yang baharu.

Baca lagi | Pendaftaran Awam MyDigital ID Dibuka pada Mei 2024

Cara Perbaharui Cukai Jalan Kereta dalam Aplikasi MyJPJ

Langkah 1 – Pilih Nombor Kenderaan

Di bahagian Profil, klik pada ‘Lesen Kenderaan Motor’ untuk memaparkan semua rekod cukai jalan yang anda miliki. Pilih nombor kenderaan yang memerlukan pembaharuan cukai jalan.

Langkah 2 – Klik Pada Pembaharuan

Skrol ke bawah hingga anda menemui butang ‘Pembaharuan’. Tekan butang ini untuk memulakan proses pembaharuan cukai jalan. Jika butang ini tidak kelihatan, tekan butang ‘Jana Semula’ untuk memuatkan semula halaman.

Langkah 3 – Pilih Jenis Cukai Jalan

Pastikan butiran yang dipaparkan adalah tepat. Pilih tempoh pembaharuan yang anda mahu untuk cukai jalan anda. Anda juga boleh memilih sama ada untuk mendapatkan cukai jalan dalam format digital sahaja atau juga salinan fizikal.

Langkah 4 – Buat Pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang anda kehendaki dan buat bayaran mengikut jumlah yang ditetapkan. Buat masa ini, hanya kad kredit atau kad debit diterima. Resit pembayaran akan dipaparkan setelah pembayaran berjaya.

Langkah 5 – Terima Cukai Jalan Baharu Anda!

Cukai jalan baharu anda akan dipaparkan dalam aplikasi MyJPJ selepas proses selesai. Jika ia tidak kelihatan, tekan butang ‘Jana Semula’ untuk memaparkan cukai jalan kereta yang baharu.

Hubungi JPJ untuk Bantuan

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau memerlukan bantuan dengan aplikasi MyJPJ, anda boleh menghubungi saluran berikut:

Semoga dengan perkongsian artikel ini, ia dapat memudahkan anda dalam memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan secara dalam talian menggunakan aplikasi MyJPJ. Selamat mencuba!

Read Previous

Dr Shamsul Anuar Ketuai Delegasi Malaysia ke Doha Hadiri Pengebumian Ismail Haniyeh

Read Next

Anwar Temui Srettha Esok: Fokus Kerjasama Malaysia-Thailand dan Naik Taraf Jambatan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.