The Malaysia Post

Cara Bayar Cukai Taksiran atau Cukai Pintu Online di Malaysia 2025

Cukai taksiran, juga dikenali sebagai cukai pintu, merupakan cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia ke atas hartanah kediaman dan komersial. Kutipan cukai ini digunakan untuk membiayai pelbagai kemudahan awam seperti penyelenggaraan jalan, pencahayaan jalan, kerja-kerja pembersihan serta perkhidmatan keselamatan.

Untuk makluman anda, semua pemilik hartanah diwajibkan untuk membayar cukai taksiran dua kali setahun — biasanya pada Januari hingga Februari dan Julai hingga Ogos.

Cara Bayar Cukai Taksiran Online

Kini, anda tidak perlu lagi beratur panjang di pejabat majlis tempatan kerana kini telah ada pelbagai kaedah dalam talian yang mana memudahkan pembayaran cukai pintu anda.

1. Cara Bayar Cukai Taksiran Online Melalui Portal Rasmi PBT

Kebanyakan PBT di Malaysia mempunyai portal rasmi di mana anda boleh semak bil dan terus membuat pembayaran.

Contoh portal PBT popular:

  • MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
  • DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
  • MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam)

Langkah-langkah umum:

1. Layari laman web rasmi PBT anda.

2. Cari bahagian “e-Cukai” atau “e-Bayaran”.

3. Di bahagian ini, anda boleh masukkan maklumat seperti nombor akaun cukai atau nombor kad pengenalan.

4. Semak jumlah cukai dan terus buat bayaran melalui FPX, kad kredit atau e-wallet.

2. Guna Aplikasi MyPay

MyPay adalah aplikasi pembayaran kerajaan Malaysia yang memudahkan pembayaran bil termasuk cukai pintu.

Cara guna MyPay:

1. Anda perlu memuat turun aplikasi MyPay dari Google Play atau App Store.

2. Daftar akaun menggunakan nombor telefon.

3. Pilih “Pembayaran” dan cari “Cukai Pintu” atau “Cukai Taksiran”.

4. Masukkan nombor akaun cukai anda dan bayar.

3. Cara Bayar Cukai Taksiran Melalui Online Banking

Sesetengah PBT membenarkan anda buat pembayaran terus melalui platform online banking pilihan anda seperti:

  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
  • RHB Now

Nota: Pastikan anda pilih kategori “Payment to Government Agencies” dan cari nama majlis tempatan anda.

Kenapa Penting Untuk Bayar Cukai Taksiran Tepat Pada Waktu?

Membayar cukai pintu tepat pada masanya membantu mengelakkan denda lewat bayar. Biasanya, penalti lewat boleh mencecah sehingga 10% daripada jumlah cukai asal.

Selain itu, hasil cukai taksiran digunakan untuk:

  • Menyediakan jalan dan kemudahan awam yang lebih baik.
  • Memastikan keselamatan persekitaran seperti lampu jalan dan pengurusan sampah.-
  • Menambah nilai hartanah anda kerana kawasan terjaga rapi.

Baca juga:

Tips Penting Untuk Pembayar Cukai Taksiran

  • Simpan resit pembayaran: Sama ada dalam bentuk fizikal atau digital, simpan bukti pembayaran untuk rujukan akan datang.
  • Semak dari semasa ke semasa: Pastikan akaun cukai anda tidak tertunggak.
  • Bayar lebih awal: Elakkan kesesakan sistem dan risiko lewat bayar dengan membuat pembayaran lebih awal dari tarikh akhir.

Kini dengan kemudahan teknologi, membayar cukai pintu atau cukai taksiran menjadi lebih cepat, mudah dan selamat. Anda hanya perlukan beberapa minit dari mana-mana sahaja — sama ada menggunakan portal rasmi PBT, aplikasi MyPay atau online banking.

Pastikan anda tidak terlepas tarikh akhir untuk mengelakkan denda dan membantu memastikan komuniti kita sentiasa selesa dan terurus!

Untuk pelbagai lagi info dan perkongsian menarik yang lain, terus klik DI SINI!

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Trump Desak Zelensky Tandatangani Perjanjian Sumber Nadir Bumi

Read Next

TMJ Bina Legasi Hebat Bersama JDT, Dominasi Bola Sepak Malaysia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *