Nama Arif Aiman Hanapi terus mencuri perhatian apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu disenaraikan dalam calon Anugerah Bintang Masa Depan ACLE bagi musim 2025/26. Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memilih 10 pemain muda terbaik untuk anugerah itu meskipun perjalanan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit berakhir lebih awal selepas mara sehingga suku akhir.
Bintang Masa Depan ACLE Beri Pengiktirafan Kepada Arif Aiman
AFC menyifatkan Arif Aiman bukan lagi sekadar bakat muda yang sedang meningkat naik, malah sudah membuktikan kualitinya di pentas Asia. Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan berada pada prestasi terbaik sebelum kecederaan memaksanya menamatkan kempen lebih awal. Kreativiti serta sentuhan penyudahnya turut membantu JDT mencipta sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama. Peminat kini boleh mengundi calon pilihan menerusi laman sesawang AFC sebelum undian ditutup Sabtu ini.
JANGAN LUPA ARIF AIMAN! Sebenarnya kes FIFA dan FAM ni benar benar mencuri perhatian yang sepatutnya terarah kepada pemain Malaysia bernama rif Aiman yang yang dicalonkan untuk AFC Player Of The Year. Pemain yang terus bersinar di JDT walaupun pemain pemain tempatan lain bergelut untuk bersaing dengan pemain warisan atau import di kelab Harimau Selatan itu – tidak untuk Arif Aiman. Dia terus menjadikan posisi sayap kanan itu mutlak milliknya sejak beberapa tahun lalu. Dikenali dengan badan yang kecil nnamun berjiwa besar dan lincah. Dia membantu JDT menang treble domestikk musim lalu dan mara ke peringkat 16 akhir dalam ACLE. 16 Oktober ini Arif Aiman membuat perhitungan dengan 2 lagi calon lain untuk ‘Ballon d’Or’ versi Asia itu.. Lawannya adalah Akram Afif yang pernah raikan gol dengan gaya magik dan legenda hidup Arab Saudi, Al Dawsari yang terkenal itu. Semoga berjaya Arif Aiman. Ini pun dah cukup bangga dan boleh menjadi inspirasi kepada semua anak muda di Malaysia. Tak lupa kredit kepada coaching staff JDT yang membantu Arif Aiman pergi sejauh ini. #permataselatan#jdt#harimauselatan#arifaiman#fyppppppppppppppppppppppp