The Malaysia Post

Bendera China Penuhi Putrajaya Sempena Lawatan Xi Jinping ke Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2025 – Suasana di Putrajaya semakin meriah apabila kawasan pentadbiran itu mula dihiasi dengan bendera China, sebagai tanda persiapan menyambut ketibaan Presiden China, Xi Jinping yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 17 April.

Putrajaya Bersiap Sambut Presiden China Xi Jinping

Lawatan ini diadakan atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan merupakan simbol penting dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Hubungan dua hala ini telah bermula sejak tahun 1974 dan terus berkembang kukuh sepanjang lima dekad.

Baca lagi | Sekatan Baharu AS Gugat Industri Cip China

Lawatan Rasmi Presiden China Perkukuh Hubungan 50 Tahun Malaysia-China

Lawatan rasmi ini mencerminkan hubungan rapat antara Malaysia dan China serta menandakan permulaan fasa baharu kerjasama strategik. Tahun lalu, sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan hubungan kepada tahap Perkongsian Strategik Komprehensif, merangkumi bidang seperti perdagangan, pelaburan, budaya dan diplomasi.

Presiden China akan disambut dengan istiadat rasmi serta dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Beliau turut akan mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai sektor, termasuk perdagangan, pelaburan dan isu serantau.

Baca lagi | Konflik antara China-Filipina di Laut China Selatan Semakin Buruk

Malaysia-China Tandatangan MoU Baharu Sempena Lawatan Xi Jinping

Beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) serta perjanjian penting antara Malaysia dan China akan ditandatangani semasa lawatan rasmi yang berlangsung dalam masa terdekat. Lawatan rasmi Presiden China ini juga akan disertai dengan majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presidennya, Xi Jinping, yang akan diadakan di Kompleks Seri Perdana.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut sejak tahun 2009. Pada tahun 2024, nilai dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah RM484.12 bilion, bersamaan dengan 16.8% daripada jumlah perdagangan keseluruhan Malaysia. Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan ekonomi antara Malaysia dan China.

Sebagai Pengerusi ASEAN dan Penyelaras hubungan ASEAN-China, Malaysia menunjukkan sikap komited dalam memperkukuh kerjasama serantau melalui dialog membina dan strategi menang-menang. Lawatan serta perjanjian yang dirancang dijangka mengeratkan hubungan strategik dalam sektor ekonomi, perdagangan, teknologi dan diplomasi.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Samsuri Dakwa Status TCO Terhadapnya Luar Biasa, Perlu Kelulusan SB

Read Next

JDT Catat Sejarah dengan 16 Trofi Sepanjang Musim 2024/25

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *