The Malaysia Post

Bakal Berulangkah kejadian Lahad Datu?

Tanggal 1 dan juga 2 Mac 2013 dalam sejarah telah berlaku satu peristiwa yang mengemparkan tanah air kita.Pencerobohan pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu Sabah

Dalam peristiwa itu juga,telah tertulis takdir 10 orang wira negara gugur di perbatasan.Mereka gugur di medan perang dan di angkat menjadi wira dalam misi mempertahankan tanah air.

Apakah yang terjadi selepas kejadian ini berlaku?Adakah ia akan dibiarkan begitu sahaja?Bagaimana pula dengan jaminan kerajaan kepada dua wilayah ini atau mungkin wujud campur tangan politik dalam menyelesaikan isu ini?

Penubuhan ESSCOM jamin keselamatan

Sejak peristiwa berdarah itu berlaku,telah tertubuhnya unit khas dikenali ESSCOM(Kawasan Keselamatan Khas Pantai) untuk menjamin keselamatan penduduk di kawasan ESSZONE(Zone Selamat Timur Sabah)

Antara Agensi yang terlibat adalah APMM(Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia)PDRM(Polis Di Raja Malaysia) dan juga ATM(Angkatan Tentera Malaysia).Tertubuhnya ESSCOME,jaminan keselamatan penduduk lebih ESSCOM.ESSCOME juga sering ditambah baik dari semasa ke semasa demi kepentingan penduduk sekitar dan juga mengelak kejadian tragis itu berulang.

Baca juga | Mesin Layan Diri Menu Rahmah untuk Rakyat Malaysia

Seterusnya,kejadian itu telah membuka mata hati semua pihak.Didendam yang disangkakan sudah pudar,kembali mekar pada generasi seterusnya.Ramai pihak mula memainkan peranan masing-masing.Yang dulunya lena diulik gaji ribu riban kini mula menjalankan tugas.Kejadian ini sememangnya memberi tamparan hebat kepada negara Malaysia secara khususnya.Lahad Datu dan Semporna nama yang begitu asing dahulu kala,kini begitu terkenal kerana peristiwa berdarah ini

Sejarah yang Menjadi Pengajaran

Akhir sekali,dapat disimpulkan bahawa 1 Mac 2023 genap sudah sedekad peristiwa ini berlaku.Peristiwa yang begitu meninggalkan kesan kepada jiwa dan raga rakyat Malaysia.Lakaran sejarah ini juga telah menyedarkan bahawa musuh dalam lipatan kadang kala dari kalangan orang yang terdekat.Kerana musuh seorang,10 wira negara gugur

Peristiwa ini juga telah mengajar rakyat Malaysia khususnya usah tidur di siang hari.Ramai musuh sedang menantikan peluang.Berhati-hatilah dengan sesiapa sekalipun.Yang disangka madu belum belum tentu madu.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Mesin Layan Diri Menu Rahmah untuk Rakyat Malaysia

Read Next

Tesla Bakal Beroperasi di Malaysia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.