The Malaysia Post

Arsenal Singkir Real Madrid, Bukayo Saka Buktikan Dominasi di Eropah

Arsenal tampil garang di pentas Eropah apabila menewaskan juara bertahan, Real Madrid 2-1 dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memastikan The Gunners mara ke separuh akhir dengan agregat meyakinkan 5-1, sekali gus menamatkan penantian 16 tahun untuk layak ke peringkat empat terbaik kejohanan berprestij itu.

Bukayo Saka mencuri tumpuan apabila bangkit selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti, dengan menjaringkan gol pembukaan. Gabriel Jesus kemudian menambah jaringan kedua, memadam harapan kebangkitan pasukan kendalian Carlo Ancelotti.

Liga Juara-Juara UEFA (UCL): Bukayo Saka Bangga Tumpaskan Gergasi Dunia Real Madrid

Bukayo Saka meluahkan rasa bangga selepas England menyingkirkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti, sekali gus membuktikan keupayaan Arsenal menewaskan pasukan terbaik dunia, sama ada di tempat sendiri mahupun gelanggang lawan.

Walaupun sepakan penalti gaya ‘Panenka’ miliknya diselamatkan Thibaut Courtois, Saka kekal fokus dan terus menyumbang dalam kemenangan pasukan.

Baca lagi | Kecederaan Gabriel Jesus Jadi Mimpi Buruk Arsenal dalam Perlawanan Piala FA

Pengurus Arsenal Mikel Arteta: “Salah Satu Detik Terbaik Dalam Karier Saya”

Mikel Arteta yang merupakan pengurus Arsenal turut melahirkan rasa bangga dan teruja selepas pasukannya menewaskan kelab paling berjaya dalam sejarah UCL itu.

“Ia satu pencapaian besar buat kelab. Ini mungkin salah satu malam paling membanggakan dalam karier saya,” ujar Arteta sambil memuji sikap pemain yang kekal fokus dan berdisiplin.

Arteta yang pernah beraksi bersama PSG ketika bergelar pemain turut memberi amaran kepada pasukannya agar tidak memandang rendah cabaran lawan seterusnya.

“PSG adalah pasukan yang sangat bagus. Mereka juga dalam prestasi terbaik selepas menyingkirkan Liverpool dan Aston Villa. Kami perlu bersedia secara menyeluruh.”

Baca lagi | Saka Jadi Senjata Rahsia Arsenal Menentang Real Madrid

Misi Final Arsenal: Ulangan 2006 atau Detik Baru?

Skuad gergasi Arsenal bakal melakukan pertembungan dengan Paris Saint-Germain (PSG) di separuh akhir nanti. Arsenal mara ke final kali terakhir adalah pada tahun 2006 tetapi tumpas kepada Barcelona. Kini, peluang terbuka untuk mereka mencipta sejarah baru di bawah bimbingan Arteta.

Separuh akhir pertama dijadualkan berlangsung hujung bulan ini di Emirates Stadium, dengan perlawanan timbal balik bakal berlangsung di Paris.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

9 Homestay Ada Kolam Renang Peribadi Terbaik di Malaysia

Read Next

Fenomena BASS: Bella Astillah dan Syed Saddiq Curi Tumpuan di Mahkamah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *