The Malaysia Post

Anwar Ibrahim Nafi Guna Dana Syarikat Swasta untuk Lawatan Rasmi Empat Negara

SHAH ALAM, 25 November 2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan dana daripada syarikat swasta untuk lawatan rasmi ke empat negara baru-baru ini. Sebaliknya, Anwar menjelaskan bahawa kos keseluruhan lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Lawatan Rasmi Empat Negara: Guna Dana Kerajaan, Bukan Dana Syarikat Swasta – Anwar Ibrahim

Dalam kenyataan yang dibuat melalui laman Facebook beliau, Anwar menegaskan bahawa lawatan ke empat negara tersebut menelan kos sebanyak RM1.6 juta yang semuanya ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS)

Manakala baki tempat duduk di pesawat tersebut ditawarkan kepada syarikat-syarikat swasta yang memang sudah lama merancang untuk ke negara-negara berkenaan bagi tujuan pelaburan atau usaha sama antara negara.

Beliau menafikan sebarang penggunaan dana daripada syarikat swasta yang dilaporkan sebelumnya.

Baca lagi | Anwar Ibrahim Dedah Fokus Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025

Lawatan Rasmi Empat Negara: Kos Perjalanan Ditanggung Kerajaan, Syarikat Swasta Membayar Kos Tambahan

Anwar turut menerangkan bahawa syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam lawatan tersebut membayar kos masing-masing yang berjumlah RM4.5 juta. Ini bertujuan untuk menampung kos tempat duduk tambahan yang mereka ambil bagi tujuan perniagaan dan pelaburan.

Jelas beliau lagi, jika lawatan rasmi empat negara menggunakan jet Eksekutif Kerajaan,  pihak kerajaan perlu membayar kos sebanyak RM2.5 juta untuk lawatan tersebut.

Baca lagi | Asean dan Australia Bersatu Seru Gencatan Senjata di Gaza

Lawatan Rasmi Empat Negara: Menjawab Kritikan dan Fitnah Isu Dana Syarikat Swasta

Kenyataan tersebut menjawab kritikan yang timbul daripada Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center, Pushpan Murugiah, yang mengaitkan penggunaan dana syarikat swasta dengan potensi konflik kepentingan. Pushpan berpendapat bahawa langkah itu mungkin membawa tekanan kepada kerajaan kerana syarikat-syarikat swasta yang terlibat akan mengharapkan balasan atau keuntungan di masa depan.

Baca Juga:  Skandal 1MDB: Wang milik UMNO Kedah, Habib Jewel belum dipulangkan

Anwar dalam kenyataannya berkata, walaupun faktor kewangan mungkin mempengaruhi keputusan kerajaan untuk berkongsi kos perjalanan ini, beliau menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang perselisihan kepentingan antara kerajaan dan pihak swasta.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Swatch Menang Saman Rampasan Jam Tangan Pride oleh KDN

Read Next

Presiden Yoon Suk Yeol dan Anwar Ibrahim Bersetuju Perkongsian Strategik Malaysia-Korea Selatan, Fokus pada Pertahanan dan Teknologi

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *