Anwar anggap kes Yusoff Rawther, Farhash kecil

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar kes yang melibatkan Muhammed Yusoff Rawther dengan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dibuka semula siasatannya tidak dijadikan sebagai bahan politik.

Sebaliknya, Presiden PKR itu menegaskan supaya pihak berkuasa menjalankan tugasnya dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Biarlah polis membuat keputusan itu. Terdapat banyak kes serius yang saya tahu. Jangan politikkan kes kecil ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, polis memanggil Yusoff susulan arahan Jabatan Peguam Negara agar dibuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap pembantu bekas pembantu penyelidik Anwar itu tahun lepas.

Polis difahamkan diminta mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara hari ini sebaik sahaja mereka selesai mengambil kenyataan Yusoff.

Difahamkan juga bahawa satu siasatan baru dijalankan ke atas setiausaha politik Anwar, Farhash di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan berkait kesalahan intimidasi jenayah dan menyebabkan kecederaan.

J M Riaz

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

RM400 juta untuk baik pulih sekolah usang di Sarawak

Read Next

Kaedah IVM bantu wanita hilang subur akibat kanser lahirkan anak

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.