The Malaysia Post

Koronavirus: Ketahui negara dan wilayah yang catat kes sifar COVID-19, masih selamat dari pandemik

Pandemik COVID-19 boleh dikatakan sebagai antara wabak yang paling teruk melanda dunia sepanjang zaman, sehingga membawa ekonomi dunia dalam kegawatan. Dianggarkan sebanyak 214 negara dan wilayah yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) telah menyaksikan sekurang-kurangnya satu kes COVID-19 setakat 20 April.

Namun begitu, masih terdapat beberapa negara dan wilayah yang masih bebas dan belum merekodkan sebarang kes COVID-19, walaupun kebanyakan negara di seluruh dunia bergelut dengan wabak ini.

Masih terdapat 33 negara dan wilayah di seluruh dunia lagi yang mencatatkan kes sifar novel koronavirus ini.

Negara pulau yang kecil serta sukar untuk diakses di Pasifik contohnya seperti Nauru, Kiribati dan Pulau Solomon adalah antara kawasan yang tiada kes dilaporkan. Yang lain termasuklah Comoros, Lesotho, Tajikistan dan Turkmenistan. Beberapa negara atau wilayah ini adalah antara tempat yang mempunyai kadar populasi paling sedikit di dunia.

Dilaporkan lebih daripada 3 juta kes koronavirus di seluruh dunia, yang mana 190 negara mengalami jangkitan COVID-19 melalui kes tempatan – apabila virus merebak di dalam komuniti. Manakala, sekurang-kurangnya 166 negara ini merekodkan kes kematian akibat wabak koronavirus.

Walaupun ada negara yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan COVID-19, tidak bermaksud negara tersebut tidak mempunyai kes langsung.

b488660f040f4f1cae32371deefe35e5 18
Korea Utara berkeras mendakwa tiada kes koronavirus dilaporkan di negara itu

Contohnya, Korea Utara tidak mencatatkan sebarang kes koronavirus, namun kawasan sempadan berdekatannya iaitu China, Rusia dan Korea Selatan adalah negara yang mencatatkan kes jangkitan tertinggi.

Korea Utara diketahui sangat berahsia dan bergantung sepenuhnya terhadap propaganda dan hanya mendedahkan sedikit sahaja mengenai mereka kepada dunia luar.

Sementara itu, 5 negara dan wilayah memaklumkan berjaya mengekang virus tersebut. Ia merangkumi Anguilla, Greenland, Kepulauan Caribbean – St Barts dan Saint Lucia, serta Yemen. Masing-masing berkata tidak mempunyai jangkitan aktif buat masa ini dan melaporkan tiada kematian, walaupun sebelum ini merekodkan kes COVID-19.

fa2e3bc6695f4ceb839fa80d8af90c52 18
Yemen mendakwa berjaya mengekang penularan wabak koronavirus sepenuhnya

Negara-negara lain pula mengatakan bahawa telah berjaya menurunkan jumlah kes baharu secara dramatik.

Baca Juga:  Ahli Parlimen Berdebat Supaya 'bak kut teh' Masuk Dalam Senarai Makanan Warisan Negara

Pada Rabu lalu, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan hanya 22 kes baharu di tanah besar itu, yang mana 21 kes jangkitan itu dibawa dari luar China.

New Zealand yang sebelum ini mencatatkan 1,474 kes telah meraikan kemenangan mereka atas kejayaan melawan virus itu dan memaklumkan sedan dalam proses “penyingkiran”. Pada Isnin, ia melaporkan hanya satu kes baharu dan telah mula melonggarkan arahan perintah berkurung.

PRC 148861804
Perdana Menteri New Zealand memaklumkan pelonggaran perintah berkurung setelah kes COVID-19 menurun drastik

Negara-negara seperti Sepanyol, Jerman, Hungaria, Cyprus dan Norway juga sudah mula melonggarkan sekatan perintah berkurung di negara masing-masing.

Di Malaysia, jumlah kes baharu harian menunjukkan trend yang positif sejak minggu lepas dengan kes hanya dua digit. Walau bagaimanapun, kerajaan masih tegas dalam arahan ‘duduk di rumah’ dan belum bersedia untuk melonggarkan sekatan dalam masa terdekat ini.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Saintis terokai spesies ‘pelik’ baru kura-kura matamata dari Amerika Selatan

Read Next

Tindakan Inisiatif UAE: Pengekstrakan Sel Stem memberikan Hasil Positif dalam Menangani COVID-19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *