Skip to main content

The Malaysia Post

Bayi Lima Bulan Tidak Sedarkan Diri di Rumah Pengasuh

PETALING JAYA – Seorang bayi lima bulan tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan di rumah pengasuhnya sebelum dia dibawa ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut pada 14 November yang lalu.

Bayi yang dibawa ibunya ke Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) itu dilaporkan doktor turut mengalami sawan. Bukan itu sahaja, bayi malang yang umurnya baru menjangkau usia lima bulan itu juga mempunyai kesan lebam dan luka pada bahagian muka serta di bahagian telinganya.

Datuk Fadil Marsus yang merupakan Ketua Polis Kuala Lumpur dalam maklumannya memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan perubatan bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya itu daripada pegawai perubatan HCTM berhubung kejadian itu yang dilaporkan berlaku pada pukul 5.46 petang.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus itu, bayi tersebut kini ditempatkan di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) bagi pemantauan dan pemeriksaan lanjut oleh pakar-pakar perubatan yang bertauliah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, beliau menyatakan kes bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh sebelum ditemukan ibunya yang kemudian membawa mangsa ke hospital akan disiasat di bawah peruntukan undang-undang membabitkan Akta Kanak-Kanak 2021.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam ucapan akhirnya, siasatan kes yang baru terjadi itu masih lagi dijalankan dan beliau mengharapkan orang ramai tidak masuk campur dengan membuat andaian-andaian dan spekulasi-spekulasi atau pun menyebarkan sebarang bentuk hantaran di media sosial yang masih belum disahkan polis sehingga boleh menjejaskan siasatan yangs sedang dilakukan pihak berkuasa.

Ujar Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung  yang mempunyai maklumat terperinci berkaitan kejadian bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh sebelum ditemukan oleh ibunya itu diminta menghubungi Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Bayi Lima Bulan Tidak Sedarkan Diri di Rumah Pengasuh

1. Siapakah individu yang menemukan bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh tersebut?

Individu yang menemukan bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh tersebut adalan ibu mangsa sendiri yang kemudiannya membawa bayi tersebut bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjut.

2. Apakah kecederaan yang dialami bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh tersebut?

Bayi yang dibawa ibunya ke Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) itu dilaporkan mengalami sawan dan mempunyai kesan lebam serta luka pada bahagian muka serta di bahagian telinganya.

3. Di bawah akta manakah kes bayi malang ini akan disiasat oleh pihak polis?

Kes bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh sebelum ditemukan ibunya yang kemudian membawa mangsa ke hospital akan disiasat di bawah peruntukan undang-undang membabitkan Akta Kanak-Kanak 2021.

About Azlan Rosdi

08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Soalan Pendidikan Moral SPM Didakwa Bocor?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *