KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu laporan dikatakan telah pun memulakan tindakan undang-undang terhadap Google dengan mengeluarkan saman. Tindakan MCMC saman Google ini menarik perhatian ramai pihak yang tertanya-tanya apakah yang terjadi sehingga tuntutan saman tersebut dibuat.
Dalam laporan yang dikeluarkan, tindakan MCMC saman Google dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM600 juta dilakukan menerusi dua saman berhubung dakwaan kegagalan syarikat itu untuk mengambil tindakan yang sepatutnya dilakukan terhadap kandungan memudaratkan yang disiarkan pihak tersebut di saluran YouTube.
MCMC dalam kenyataan hari ini berkata bahawa setiap saman yang dikeluarkan pihaknya membabitkan tuntutan RM300 juta yang mana masing-masing bernilai RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teruk dan juga ganti rugi teladan.
Saman pertama yang dibuat pihak MCMC membabitkan dakwaan mengenai kegagalan Google untuk mengambil langkah sewajarnya terhadap ribuan kandungan yang dikatakan memudaratkan termasuklah perjudian dalam talian dan penipuan berasaskan dakwaan pelanggaran peruntukan yang dikuatkuasakan undang-undang dan syarat lesen serta kecuaian-kecuaian.
“Dalam tempoh 1 Januari hingga 28 Oktober lalu, MCMC sudah mengemukakan sebanyak 74,703 laporan kepada YouTube, dengan 74,569 daripadanya (99.8 peratus) berkaitan perjudian dalam talian.
“Daripada jumlah laporan berkaitan perjudian dalam talian tersebut, sebanyak 32,781 menerima maklum balas atau tindakan penurunan kandungan daripada platform dalam tempoh satu hari, manakala 4,950 laporan tidak menerima sebarang maklum balas,” katanya.
Maklumnya lagi sebanyak 35 laporan yang dibuat kepada pihak terbabit mengambil masa lebih daripada 90 hari untuk pihaknya menerima maklum balas atau tindakan penurunan kandungan. Sejumlah 1,468 laporan pula mengambil masa lebih daripada 30 hari dari tarikh laporan dikemukakan untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
“Angka ini menunjukkan skala penyebaran kandungan yang memudaratkan di platform tersebut serta kelewatan dalam menangani kandungan berkenaan,” katanya.
Melalui kenyataan yang dibuat pihak MCMC itu, tujuan tuntutan ganti rugi terbuat dilakukan adalah bagi mendapatkan pampasan atas penggunaan sumber dan tenaga kerja yang besar pihak MCMC dalam menangani lebih daripada 50,000 kandungan dalam talian yang memudaratkan. Kegagalan sistemik pihak Google serta tindakan kurang cakna dalam menyokong usaha mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat sangat wajar dengan tuntutan yang dikemukakan MCMC.
“Tuntutan ini turut mengambil kira sifat dan kesan pelanggaran yang didakwa, serta keperluan untuk memastikan Google dipertanggungjawabkan ketidakpatuhan yang sama daripada berulang dan mencegah Saman pertama membabitkan dakwaan kegagalan Google mengambil langkah sewajarnya terhadap ribuan kandungan dalam talian yang memudaratkan, termasuk perjudian dalam talian, scam dan penipuan,” katanya.
Tiada Tindakan Tegas YouTube Terhadap Kandungan Memudaratkan Papagomo
Bukan itu sahaja, MCMC turut memaklumkan bagi saman kedua yang difailkan pula yang dibuat pihaknya membabitkan dakwaan Google sangat gagal dalam mengambil langkah sepatutnya di bawah undang-undang dan bertindak secara proaktif. Tindakan saman kedua ini berhubung rapat dengan penerbitan semula kandungan yang mana pihak MCMC sekerasnya mendakwa telah berlaku pelanggaran undang-undang di YouTube yang dibuat oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau sangat terkenal dengan gelaran sebagai Papagomo.
“Kandungan itu kini tertakluk kepada injunksi interim yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.
“MCMC menegaskan bahawa semua penyedia platform media sosial yang tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 perlu mematuhi segala kewajipan di bawah undang-undang serta syarat lesen masing-masing,” katanya.
Oleh sebab semua perkara yang berlaku perlanggaran undang-undang ini, MCMC memberi gesaan kepada semua penyedia platform media sosial untuk ambil langkah sewajarnya dalam menangani kandungan mereka yang dilaporkan telah melanggar undang-undang dan memudaratkan di platform masing-masing.
“Kedua-dua saman ini adalah usaha berterusan MCMC untuk melindungi orang awam, khususnya kanak-kanak, daripada ancaman dalam talian, di samping menangani penyebaran berterusan kandungan yang telah menjadi subjek tindakan pengawalseliaan dan campur tangan mahkamah,” katanya.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Tindakan MCMC Saman Google
1. Apakah punca utama MCMC saman Google?
Punca utama MCMC saman Google adalah kerana berlaku perlanggaran undang-undang di saluran YouTube.
2. Berapakah nilai tuntutan ganti rugi yang difailkan MCMC?
MCMC saman Google dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM600 juta.
3. Berapakan saman yang telah difailkan?
Menurut laporan, MCMC saman Google sebanyak dua saman.







