PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tahu bahawa beliau mahu pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun depan sebanyak RM200 yang akan diberikan kepada semua murid diserahkan kepada pihak sekolah dengan kehadiran wajib ibu bapa setiap pelajar. Pendekatan yang dibuat PM Anwar ingin mengenai hasratnya untuk ibu bapa pelajar wajib hadir ke sekolah untuk terima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini bukan dibuat semberono.
Perdana Menteri berkata langkah mengenai kehadiran wajib ibu bapa pelajar itu bertujuan untuk memastikan ibu bapa turut berperanan dalam pendidikan anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga berpeluang luas untuk mengenali sekolah anak mereka serta dapat bertemu secara dua mata dengan guru-guru yang bakal mendidik anak masing-masing.
Ujar Anwar lagi, bantuan persekolahan yang diperoleh pelajar tidak seharusnya diserahkan ke rumah tapi sebaliknya ibu bapa perlu hadir ke sekolah. Kehadiran kedua orang tua pelajar ini membolehkan interaksi secara langsung dengan pihak sekolah.
“Kita minta ibu bapa datang ke sekolah. Kita tak serah wang itu ke rumah kerana kita nak ibu bapa tahu sekolah anaknya, jumpa guru-guru dan guru boleh beri nasihat.
“Dia harus tahu yang membantu mendidik anak-anak mereka itu ialah guru dan kalau tak datang ke sekolah, (Menteri Pendidikan, Datuk Seri) Fadhlina (Sidek), jangan bagi wang itu,” katanya.
Ucapan yang dibuat Perdana Menteri sedemikian diucapkannya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara di sini yang berlangsung hari ini.
Turut hadir sama ke Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara tersebut adalah Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad,Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Fadhlina Sidek serta Timbalannya Wong Kah Woh.
Buat Program Khas Semasa Ibu Bapa Hadir Terima Bantuan Awal Persekolahan

Tambah Anwar Ibrahim lagi, pihak sekolah juga boleh mengadakan program khas yang mana program sebegini dapat membolehkan guru, murid serta ibu bapa mereka bertemu ketika terima Bantuan Awal Persekolahan tersebut dilakukan dan pertemuan ini juga adalah sangat penting bagi membolehkan guru berkongsi perkembangan serta tingkah laku anak-anak di sekolah kepada ibu bapa yang berkenaan.
Pada akhir ucapan, Anwar sangat tegas dengan prinsip bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak tidak boleh diserahkan sepenuhnya seratus peratus kepada pihak sekolah kerana ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dalam membentuk disiplin dan sahsiah dalam diri anak-anak mereka.
“Jangan serahkan semua kepada sekolah. Ibu bapa juga harus ditegur demi tanggungjawab,” katanya.
Bahkan menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pendidikan bukanlah hanya sekadar dilakukan untuk meningkatkan kepintaran dan penguasaan ilmu terhadap anak-anak, tapi sebaliknya turut membentuk manusia yang mempunyai akhlak, disiplin serta keperibadian yang cukup baik.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Ibu Bapa Wajib Hadir Ke Sekolah Untuk Terima Bantuan Awal Persekolahan
1. Apakah saranan yang dibuat oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim?
Saranan utama yang dilakukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah ibu bapa wajib hadir ke sekolah untuk terima Bantuan Awal Persekolahan anak-anak.
2. Berapakah jumlah Bantuan Awal Persekolahan yang bakal diterima setiap pelajar?
Setiap pelajar akan terima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM200.
3. Apakah harapan terakhir yang diamanatkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim?
Harapan terakhir beliau adalah semoga semua ibu bapa tidak menyerahkan seratus peratus hal berkaitan pelajar terhadap guru dan kembali cakna serta berganding bahu bersama-sama untuk membentuk dan mendidik anak-anak mereka.







