Skip to main content

The Malaysia Post

WAWASAN Tak Bertanding PRN Sarawak – Wan Saiful

KUALA LUMPUR: Parti Wawasan Negara (WAWASAN) hari ini telah memuktamadkan keputusan untuk tidak mengetengahkan calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Keputusan WAWASAN tak bertanding PRN Sarawak yang dibuat oleh parti komponen Perikatan Nasional tersebut disampaikan oleh Naib Presidennya iaitu Wan Saiful Wan Jan. Wan Saiful dalam ucapannya berkata ketetapan yang dibuat Parti Wawasan Negara itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan oleh PAS untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak.

Beliau memaklumkan perbincangan yang diadakan dengan seluruh kepimpinan Wawasan negeri itu sebulat suara menyahut keputusan yang dipersetujui secara bersama walaupun menyedari parti tersebut memiliki sedikit kelebihan dan kekuatan di Sarawak.

Perbincangan Mengenai Keputusan WAWASAN Tak Bertanding PRN Sarawak

Dalam ucapannya itu, beliau berkata:

“Bagaimanapun, saya ada berbincang dengan kepimpinan WAWASAN negeri kerana sebenarnya kita ada kekuatan juga di Sarawak.

“Saya minta mereka mengadakan perbincangan segera dengan pemimpin beberapa parti politik tempatan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg pada 23 Oktober yang lalu telah pun mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Sarawak akan dibubarkan pada 26 Oktober. Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada PRN yang ke-13.

Susulan keputusan pembubaran yang diputuskan oleh Premier Sarawak itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 6 November yang lalu telah membuat ketetapan bahawasanya pada 28 November beberapa hari lagi ditetapkan sebagai hari penamaan calon. Untuk tarikh pengundian awal PRN Sarawak pula bakal diadakan pada 8 Disember diikuti dengan hari pengundian pada 12 Disember.

Sekilas pada PRN Sarawak 2021 yang diadakan terdahulu, parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula memperoleh kemenangan empat kerusi diikuti parti DAP yang berjaya menggondol dua kerusi DUN.

Selain Umum WAWASAN Tak Bertanding PRN Sarawak, Wan Saiful Turut Mempersoal Ketelusan Proses Perbelanjaan yang Dilakukan PM

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful juga mempersoalkan ketelusan dan integriti proses perbelanjaan Perdana Menteri. Ia berkait rapat dengan peruntukan yang dibuat PM kepada ahli Dewan Rakyat.

Ini kerana katanya setakat hari ini masih tiada sebarang kepastian yang dibuat berhubung perkara tersebut selain tiada pihak yang memaklumkan mengenai perincian sebenar jumlah wang rakyat yang dianggap sebagai peruntukan yang boleh dibelanjakan oleh Perdana Menteri bagi tujuan berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau antara lain turut menjelaskan wang peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen juga hanyalah satu kategori daripada pelbagai perbelanjaan wang rakyat yang dibuat Perdana Menteri.

“Saya tertanya-tanya kenapa menteri mengelak memberi jawapan jelas dan tuntas?. Kenapa tak boleh berikan angka tepat?, adakah menteri cuba menyembunyikan apa-apa kerana mungkin ia jumlah amat besar?.

“Kita juga tak tahu siapa penilai dan mengesyorkan permohonan sebelum diluluskan Perdana Menteri atau ada prosedur operasi standard (SOP) mahupun perinciannya, jika ada… atau adakah Perdana Menteri boleh berbelanja wang rakyat ikut selera sendiri?” katanya.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai WAWASAN Tak Bertanding PRN Sarawak

1. Adakah Wawasan akan bertanding pada PRN Sarawak?

Tidak. Wawasan tak bertanding PRN Sarawak.

2. Bilakah PRN Sarawak akan diadakan?

PRN Sarawak akan diadakan pada 12 Disember ini.

3. Apakah sebab Wawasan tak bertanding PRN Sarawak?

Sebab utama Wawasan tidak bertanding PRN Sarawak adalah kerana menghormati dan berpendirian yang sama dengan PAS.

About Azlan Rosdi

08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Ibu Bapa Wajib Hadir Ke Sekolah Untuk Terima Bantuan Awal Persekolahan RM200 – PM Anwar

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *